Isu Terkini

Oktober 2024

28 Mei 2021

Honda CRF450R 2022

Global - Honda CRF450R merupakan model benchmark buat para peminat motorcross sejak diperkenalkan pada tahun 2002 lalu. Honda sentiasa berusaha untuk menyempurnakan pakej model ini agar dapat memenuhi kehendak pencinta dunia lasak tidak kira amatur mahu pun profesional. CRF harus memiliki keseimbangan, ketangkasan, kualiti pembikinan yang tinggi dan tahan lasak.

Model baru ini adalah rekaan semula Honda CRF450R 2021 berdasarkan pembangunan tema 'Razorsharp Cornering' – berpusat pada kekuatan hantaran kuasa di peringkat rendah/pertengahan, pengendalian yang ultra-tepat dan mesra penunggang. Kerangka baru (2kg lebih ringan) dan lengan ayun bertegaran tinggi telah digabungkan dengan kerangka bergeometri lebih mantap untuk prestasi cemerlang di laluan berselekoh.

Honda CRF450R disempurnakan dengan enjin 449.7cc, empat lejang, silinder tunggal uni-cam dan sistem suntikan bahan api (Programmed Fuel Injection (PGM-FI)). Untuk model 2022, jentera motocross terbaru ini turut menerima ECU yang dikemas kini, peredam lebih efisien, sistem saspensi yang mantap dan prestasi mengagumkan. Perubahan terbesar ialah pada bahagian sistem ekzosnya yang kini berbentuk bujur – lebih efisien berbanding sebelum ini.

CRF turut dilengkapi dengan tiga mod tunggangan yang menguruskan enjin dalam tiga variasi untuk menangani tiga jenis kondisi tunggangan. Antara ciri-ciri menarik lain yang dipadankan pada model ini ialah Honda Selectable Torque Control (HSTC), HRC Launch Control (3 mod pilihan), EFI Warning, Engine Mode Select Button (EMSB) dengan tiga jenis pemetaan, tangki titanium 6 liter, sistem brek cukup cemerlang. RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Tahniah buat pelumba TAB SPORTS SCK HONDA RACING iaitu Md Helmi Azman menjuarai siangan CP150 Pusingan 5.

Model Baru

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) selaku pengedar rasmi jenama KYMCO di Malaysia dengan bangganya melancarkan skuter maksi terbaru, Kymco Xciiting VS 400.

Dari Litar

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish terus diberi kepercayaan untuk mengharungi saingan Moto3 bagi musim hadapan.

Model Baru

Kawasaki Malaysia Umum Harga KLE500 - RM32,900