☰
Isu Terkini

Oktober 2024

10 Jun 2021

MV Agusta Brutale 1000 RR 2021 Dengan Enjin 208hp!

Selamat datang motor power! Perkenalkan MV Agusta Brutale 1000 RR 2021 yang dimantapkan dengan enjin lebih berotot – 208hp! Bukan sahaja itu, Brutale baru ini telah menerima pembaharuan yang merangkumi enjin, casis hinggalah ke sistem elektronik.

Apa yang lebih menguntungkan buat para pemilik MV Agusta ini ialah rekabentuknya yang anggun, unik dan canggih. Kemasan yang dipadankan pada model ini sudah terbukti berprestasi tinggi. Bahan buatan seperti titanium diguna untuk menghasilkan rod-kon, injap kemasukan dan ekzos. Bahagian injap kini disadur menggunakan Diamond Like Carbon (DLC) untuk mendapatkan geseran yang lebih rendah.

Brutale 1000 RR dilengkapi dengan enjin 998cc, empat silinder, empat lejang, DOHC, Euro 5 yang berkuasa 208hp pada 13,000rpm dan tork 116.5Nm pada 11,000rpm yang mampu memecut lebih daripada 186bsj atau 300km/j.

Sistem elektronik yang dipadatkan pada model ini memberikan data yang lebih tepat untuk talaan dan memudahkan tunggangan. Antaranya ialah FLC Wheelie Controls, Launch Control, Cruise Control, EAS 3.0 Electronik Gear Sensor, sistem penjejak Mobisat, sistem Ride by Wire, Traction Control dan sistem komunikasi Bluetooth. Model ini dilengkapkan dengan panel meter TFT 5.5” yang membolehkan penunggang berinteraksi dengan jentera secara langsung menerusi aplikasi MV Ride.

Pengendalian optimum di semua permukaan jalan turut dibantu oleh sistem penyerap hentak yang moden dan efisien. Bahagian hadapan dikawal oleh fork USD hidraulik Ohlins Nix EC manakala di belakang cukup mantap dengan penyerap hentak tunggal progresif Ohlins EC TTX. Model ini turut dilengkapkan dengan sistem peredam Ohlins EC boleh tala.

Terdapat dua warna pilihan iaitu Matt Metallic Aviation Grey/Matt Metallic Drak Grey/Fluorescent Yellow dan Fire Red/Matt Metallic Drak Grey. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.