☰
Isu Terkini

Oktober 2024

17 Mac 2020

Semoga 2020 Memberikan Kejayaan Buat Semua

Dengan izin dari Yang Maha Kuasa, sokongan terus padu dari para pembaca, pengiklan, pengedar dan kerja keras seluruh 'keluarga' RR, majalah kesayangan kita ini telah pun masuk ke tahun yang ke-34. Kalau disamakan dengan usia seseorang manusia itu, umur 34 tahun sudah dikira cukup dewasa dan cukup matang dalam pelbagai sudut. Bagi RR, setiap hari yang berlalu sentiasa memberikan ilmu baru yang boleh dikongsi bersama para pembaca dan pencinta dunia motosikal di seluruh negara.

Hari demi hari telah kita tinggalkan, tahun 2019 telah melabuhkan tirai dan kini ucapkanlah 'Selamat Datang' pada tahun 2020, satu angka istimewa yang diimpikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai era wawasan yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam pelbagai segi termasuklah ekonomi, politik, psikologi, perpaduan rakyat, sosial dan siasah diri.

Ternyata hadirnya tahun baru, kita sudah memikirkan apa yang bakal berlaku? Pastinya akan ada yang manis dan akan ada yang pahit. Itulah lumrah alam. Apa yang agak membimbangkan ialah beberapa masalah yang kian menular di kalangan kita rakyat Malaysia. Media sosial dan alam digital menjadi 'jambatan' untuk menyemarakkan permusuhan kaum, runtuhnya institusi keluarga dan perdebatan yang kurang sihat.

Ianya harus dibendung secepat mungkin agar sifat dan tabiat buruk ini tidak berlarutan. Didiklah anak-anak sejak dari rumah mengenai nilai-nilai murni sesama masyarakat tanpa sempadan bangsa dan agama. Dekati anak-anak, kawal tingkah laku dan berikhtiar agar mereka bergaul dengan kawan-kawan yang baik.

Jika benar negara kita semakin maju, biarlah ia seiring dengan kemajuan akhlak dan fizikal rakyatnya. Fikirkan semula matlamat dan cita-cita kita semua tanpa perlu mengorbankan nilai keharmonian. Apa guna jika pencapaian negara nun menjulang tinggi tetapi hakikatnya kita rakyat Malaysia tidak lagi bersatu. Harus diingati selalu, bersatu kita teguh... bercerai kita roboh.

Sudah pasti krisis ekonomi sentiasa menghantui fikiran kita, lebih-lebih mereka yang hidup di kota. Apa jua yang berlaku, kehidupan harus diteruskan dan kita perlu bijak untuk menghadapi situasi ini. Sediakan payung sebelum hujan. Antara langkah terbaik ialah dengan mengawal perbelanjaan, merancang keutamaan kewangan, mencari jalan menambah pendapatan, kerja keras, mulakan menabung dan kurangkan berhutang.

Apapun, inilah saatnya untuk kita semua menutup buku lama dan menyelak helaian baru yang putih bersih. Buangkan terus sifat-sifat buruk jika ada yang melekat di hati kita dan gantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji. Masa depan yang gilang gemilang adalah untuk mereka yang sentiasa bersifat positif dan percaya pada keindahan mimpi serta impian. Usahalah dengan gigih agar dapat kita kecapi apa yang diinginkan selama ini. Selamat tahun baru 2020, semoga berbahagia di samping yang tersayang. RR

Salam Mesra,
Khairil Azuan
Ketua Pengarang

Isu Pada

Januari 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.