☰
Isu Terkini

Oktober 2024

5 Ogos 2021

Masa Rehat Sudah Tamat...MotoGP 2021 Kembali!

Masa untuk berehat sudah tamat. 'Cuti' selama lima minggu pastinya memberi ruang buat pasukan dan pelumba untuk menilai semula pencapaian selepas 9 pusingan berlalu. Pelumba pasukan Yamaha, Fabio Quartararo kini mengungguli carta keseluruhan dengan 156 mata diikuti oleh dua jaguh Ducati iaitu Johann Zarco dan Francesco Bagnaia masing-masing dengan kutipan 122 dan 109 mata.

Babak kedua yang bakal bermula di Litar Red Bull Ring, Austria minggu ini akan menjadi aras penting buat semua pasukan untuk melihat penambahbaikkan yang dilakukan oleh setiap pasukan sepanjang tempoh rehat selama ini.

Pasukan Repsol Honda siang-siang lagi memberi amaran apabila pelumba mereka, Marc Marquez telah mengesahkan dirinya semakin baik dan bertenaga. Bekas juara lapan kali itu telah mengambil peluang sebaik-baiknya sepanjang tempoh rehat untuk bekerja keras dan menguatkan diri termasuklah kembali menunggang jentera motorcross. Ini mungkin berita yang kurang sedap di dengar oleh 21 orang pelumba MotoGP lain ya?

Juara bertahan, Joan Mir dari pasukan Suzuki Ecstar dilihat memiliki mental yang lebih tenang dan matang. Dia sempat menikmati sedikit masa bersama keluarga dan kawan-kawannya di Mallorca sebelum kembali membuat latihan untuk bersedia ke saingan berikutnya. Rakan sepasukannya, Alex Rins juga turut menyatakan dia sudah tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu kembali dengan krew pasukannya selepas lima minggu berpisah.

Juan Mir
Juan Mir
Valentino Rossi
Valentino Rossi

Valentino Rossi pula memberi pandangan yang berbeza. Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT itu menjangka prestasi jentera Yamaha YZR M1 mungkin tidak seperti yang diharapkan kerana masih terdapat kelemahan di beberapa tempat yang mungkin memberi kelebihan buat jentera lain. “Ia mungkin bukan litar terbaik buat kami,” kata Valentino.

Pandangan Valentino pastinya mendapat perhatian para pelumba Yamaha lain terutamanya Fabio Quartararo yang sedang berusaha sebaiknya untuk bergelar juara. Perlumbaan kali ini juga telah membuka peluang buat pelumba berpengalaman, Carl Crutchlow untuk kembali beraksi bersama jentera Yamaha.

Fabio Quartararo
Fabio Quartararo

Fabio Quartararo segera memberi respon, “Sasaran utama saya ialah untuk melakukan yang terbaik di litar ini. Walaupun ia bukan litar terbaik buat Yamaha tetapi saya telah berjaya ke podium tahun lalu dan ia tetap mampu untuk dilakukan. Kami akan buat yang terbaik.”

Jack Miller
Jack Miller

Pasukan rumah merah (Ducati) pula menyifatkan Austria merupakan antara litar kegemaran mereka dengan muncul juara sebanyak lima kali dalam enam perlumbaan. Tahun lalu, Ducati meraih kemenangan yang ke-50 MotoGP di litar ini menerusi Andrea Dovizioso. Kita sama-sama nantikan bagaimana pula dengan prestasi Pecco dan Jack! RR


 


 

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).