☰
Isu Terkini

Oktober 2024

24 Januari 2022

'Ducati Panigale V4' dan 'Streetfighter V4' Harga Bajet dari China

Sebelum ini, Moxiao telah mencuri tumpuan para peminat motosikal di seluruh dunia menerusi model '500RR' yang dihasilkan 'sebijik' dengan model Ducati Panigale. Terbaru, syarikat ini memperkenalkan pula model 'kembar' Ducati Panigale V4 serta Streetfighter V4 pula yang dikenali sebagai MX650 MX500.

MX650 didatangkan dengan enjin kembar-parallel yang berkuasa 60bhp manakala MX500 berkuasa 471cc dengan 44bhp. Rekabentuk luaran nampak agak 'padu' dengan sistem saspensi yang direka hampir serupa dengan yang asli – siap dengan lengan ayun tunggal lagi, penyerap hentak ala Ohlins dan brek Brembo. Handal! Untuk model kembar Streetfighter, lampu depannya jenis LED, 'sayap' aerodinamik dan pakej sistem brek yang nampak benar-benar mantap.

Dari segi gaya, percubaan dari Moxiao ini tidak dinafikan agak menarik. Kalau tengok dari jauh..boleh keliru juga!

Ducati Streetfighter V4
Ducati Streetfighter V4

Dikhabarkan dengan adanya Hak Property (Penghartaan) Intelek China, pihak Ducati tidak tidak dapat berbuat apa-apa. Mungkin mereka juga menyedari agak sukar untuk mengawal pengeluaran sebegini di beberapa buah negara. RR

Sumber: https://www.visordown.com/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.