☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 September 2026

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC). Tiga model yang disediakan untuk penilaian tersebut terdiri daripada Harley-Davidson Low Rider ST, Harley-Davidson Street Glide dan Harley-Davidson Pan America.

Menerusi program POC tersebut, ia membolehkan JSPT menilai aspek kesesuaian, prestasi, pengendalian, kebolehgerakan serta kepraktisan setiap model berdasarkan keperluan operasi jabatan, khususnya bagi tugas pengiring dan tugas rasmi.

Majlis penyerahan berlangsung di Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh wakil Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur, iaitu Datuk Omar Ali Abdullah, En. Larry Yap Eng Keong dan En. Juan Chow Wee.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Muhammad Hasbullah Ali berkata, setiap model tersebut mempunyai karaktor dan keupayaan yang berbeza dan fokus diberikan untuk melihat prestasi, pengendalian, pratikaliti dan kesesuaian dengan keperluan operasi JSPT.

Tempoh penilaian POC turut bertepatan dengan penganjuran Le Tour de Langkawi (LTDL) 2026, yang memberikan peluang kepada JSPT untuk menilai ketiga-tiga motosikal tersebut dalam persekitaran operasi sebenar. LTDL 2026 menyediakan keadaan yang sesuai untuk pemilaian jentera dengan melibatkan tungganga berterusan, keadaan jalan raya yang berbeza serta keperluan operasi berkaitan acara sukan antarabangsa berskala besar.

Namun begitu, enggunaan motosikal dalam LTDL 2026 adalah sebahagian daripada proses penilaian POC dan tidak bermaksud motosikal berkenaan telah diterima sebagai aset atau digunakan secara kekal oleh PDRM.

Pemilihan tiga model dengan karakter berbeza juga membolehkan JSPT membuat penilaian secara lebih menyeluruh. Low Rider ST mewakili platform cruiser berprestasi tinggi, manakala Street Glide menawarkan platform touring yang lebih besar. Sementara itu, Pan America pula merupakan platform jentera kembara dari Harley-Davidson. Perbezaan ini membolehkan JSPT melihat bagaimana setiap platform bertindak balas terhadap keperluan operasi yang berbeza, termasuk aspek pengendalian, keselesaan, kebolehgerakan dan kepraktisan.

Proram POC ini juga menekankan pendekatan penilaian sebelum sebarang keputusan berkaitan penggunaan atau penerimaan motosikal dibuat. Inisiatif ini mencerminkan kerjasama antara sektor swasta dan PDRM dalam menilai platform motosikal serta teknologi yang berpotensi menyokong keperluan operasi penguatkuasaan trafik dan tugas pengiring pada masa hadapan.

Ringkasnya, program POC ini bukan pengumuman pembelian atau pengambilan masuk tiga model Harley-Davidson ke dalam armada PDRM. Ia merupakan satu tempoh penilaian praktikal bagi JSPT untuk menentukan prestasi dan kesesuaian ketiga-tiga platform terhadap keperluan operasi sebenar. RR

Popular

  • Warta Roda

    SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

  • Model Baru

    KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

  • Model Baru

    Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

  • Model Baru

    Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Artikel berkaitan

SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.