☰
Isu Terkini

Oktober 2024

1 Mac 2023

Harley-Davidson Sambutan Ulang Tahun ke-120 Dengan Model Edisi terhad

Sambutan ulang tahun ke-120 buat Harley-Davidson yang dipenuhi dengan kebanggaan dilancarkan dengan rasminya menerusi pengenalan model terbaru Harley-Davidson 2023, termasuk model Edisi Terhad Ulang Tahun untuk CVO Road Glide dan enam motosikal Edisi Terhad yang menampilkan ciri-ciri eksklusif Ulang Tahun ke-120.

Untuk versi baru 2023 ini, Hayley-Davidson turut memperkenalkan model cruiser berprestasi tinggi Harley-Davidson Breakout, model trike Road Glide 3, jentera sport middleweight Nightster Special dan model trike, Freewheeler yang digayakan semula.

Model Ulang Tahun ke-120

Kita mulakan dengan model Ulang Tahun Edisi Terhad CVO Road Glide super-premium yang sangat terhad. Hanya 1,500 unit jentera ini dihasilkan untuk pengedaran peringkat global dan setiap unit bersiri diukir menggunakan laser pada panel di tangki bahan api. Model istimewa ini hadir dengan salah satu skema warna cat paling rumit yang pernah dihasilkan oleh Harley-Davidson. Warna Panel Heirloom Red disapu pada lapisan asas warna Anniversary Black. Setiap satunya digariskan dengan jalur merah terang dan warna cat emas menggunakan tangan, satu seni yang cukup tinggi.

Butiran halus ditambah dalam panel ini menggambarkan kepala dan sayap helang yang sedang terbang. Medalion pada bahagian tangki bersalut emas menggambarkan Sang Helang yang sememangnya elemen reka bentuk Harley-Davidson yang ikonik. Antara ciri-ciri lain yang ditawarkan ialah jahitan kontras berwarna emas dan merah, sisipan pada bahagian enjin keemasan dan kotak-kotak barang yang tampak cukup mewah.

Heritage Classic Anniversary.
Heritage Classic Anniversary.
Street Glide Special Anniversary.
Street Glide Special Anniversary.

Cat khas Ulang Tahun ke-120 dalam skema berbeza akan ditawarkan pada enam model Harley-Davidson Edisi Terhad yang lain. Setiap satu menampilkan skema cat berpanel klasik dengan warna Heirloom Red yang berkilauan sebagai warna asas. Panel digariskan dengan jalur merah terang digabungkan dengan warna Midnight Crimson yang lebih gelap. Butiran tambahan termasuk medalion tangki helang, pelana dengan panel sisi merah dan logo Harley-Davidson yang bersulam emas.

Road Glide Special Anniversary.
Road Glide Special Anniversary.

Skema warna eksklusif ini juga ditawarkan pada model:

  • Ultra Limited Anniversary (produksi sebanyak 1,300 unit seluruh dunia)
  • Tri Glide Ultra Anniversary (1,100 unit)
  • Street Glide Special Anniversary (1,600 unit)
  • Road Glide® Special Anniversary (1,600 unit)
  • Fat Boy® 114 Anniversary (3,000 unit)
  • Heritage Classic 114 Anniversary (1,700 unit)

Fat Boy Anniversary.
Fat Boy Anniversary.

Model-model baru ini juga turut dipadankan dengan sistem Cruise Control dan Traction Control sebagai ciri standard untuk model Fat Boy, Fat Bob, Breakout, Low Rider S, Low Rider ST, Heritage Classic dan Sport Glide. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.