☰
Isu Terkini

Oktober 2024

9 April 2023

Kempen Keselamatan Balik Kampung Yamaha Sambut Jubli Perak

Demi memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat khususnya para penunggang motosikal, Hong Leong Yamaha (HLYM) dan Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) sentiasa menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya yang kini sudah masuk ke tahun yang ke-25. Syabas dan terima kasih diucapkan atas inisiatif tersebut.

Untuk tahun 2023, kempen ini telah dilancarkan pada 8hb April lalu bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan usaha ini diteruskan ke tiga daerah dan di lebih daripada 200 pengedar sah Yamaha sehingga 19 April 2023.

Kesedaran mengenai keselamatan jalan raya ini amat penting dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan maut yang melibatkan para pengguna motosikal di seluruh negara.  Menurut laporan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia, indeks tahun ke tahun jumlah kemalangan maut pada setiap 10,000 pendaftaran kenderaan di Malaysia menunjukkan penurunan dari 1.97 daripada 3.4 kematian pada tahun 2010. Jumlah kes kemalangan maut melibatkan motosikal yang tertinggi dalam jangka masa tersebut ialah pada 59%.

Di Hong Leong Industries (HLI), tahap keselamatan produk merupakan kunci utama yang sentiasa diberikan tumpuan dan untuk itu, Kempen Keselamatan Balik Kampung anjuran HLYM merupakan teras kepada tanggungjawab sosial dalam memberi kesedaran dan penekanan kepada komuniti tentang menunggang dengan selamat. Kami juga berharap agar kempen sebegini dapat memberi inspirasi kepada para pengeluar motosikal lain untuk mengadakan program yang sama kepada pelanggan masing-masing demi mempertingkatkan kesedaran ramai,” kata Dato’ Dr Jim Khor, Pengaran Urusan Kumpulan HLI.

Seperti yang dianjurkan sebelum ini, pihak HLYM telah menyediakan ruangan khas bersama-sama para mekanik terlatih untuk memberi pemeriksaan kepada setiap motosikal yang hadir pada hari tersebut.

Menerusi pemeriksaan ini, pemilik motosikal tersebut akan disarankan untuk menukar serta membuat penukaran alatan atau komponen yang telah rosak atau tidak lagi berada dalam kondisi yang selamat.

Sepanjang tempoh kempen tersebut, telah ditawarkan di lebih daripada 200 Yamaha Quality Service Centre pemeriksaan secara percuma untuk 48 pelanggan pertama setiap hari dan mereka juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah Yamaha EZ115. RR

Isu Pada

Mei 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.