☰
Isu Terkini

Oktober 2024

31 Mei 2023

Skuter Maxi Zontes 350E Dilancarkan di Eropah

Skuter jenis "maxi" iaitu jenis berbadan dan kapasiti enjin besar mendapat tempat di kalangan peminat motosikal di Malaysia. Tengok sajalah betapa popularnya model-model seperti Honda X-Adv (750) dan Yamaha TMAX. Pembuat motosikal premium daripada China, Zontes pun telah memasukki pasaran ini dengan model-model Zontes 350D dan Zontes ZT500. Kini, mereka lancarkan pula model Zontes 350E, tetapi di Eropah terlebih dahulu.

Zontes 350E diwawarkan sebagai sebuah skuter touring (jelajah). Enjinnya merupakan jenis 349cc, silinder tunggal dengan penyejukan cecair, yang menghasilkan 37HP. Ia merupakan enjin yang sama dalam beberapa model 350cc. Kuasanya dihantar ke roda belakang dengan sistem CVT. Ciri-ciri elektroniknya termasuk ABS, kawalan traksi, dan 2 mod tunggangan.

Di segi rekabentuk, ia dilengkapi dengan lampu-lampu LED yang memberikan rupa moden sepenuhnya. Ia mendapat fairing yang besar, dengan penghalang angin depan yang diperkemas dan bergaya sporty. Penghalang angin boleh dilaraskan secara elektronik. Secara keseluruhan, Zontes 350E adalah skuter yang agak panjang, dengan jarak roda 1565mm untuk memberikan kestabilan tambahan pada kelajuan tinggi. Skuter ini juga dilengkapi dengan tangki petrol yang besar dengan kapasiti 16 liter, bagi tunggangan jarak jauh.

Akhir sekali, Zontes telah memberikan ciri yang sama 350D, seperti genggaman yang dipanaskan, bar hendal boleh laras, dan skrin TFT berwarna penuh. Tambah lagi, ia dilengkapi dengan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), serta penyalaan tanpa kunci. Ia dijual dengan harga Euro 5,290 (RM 26,135.31).

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).