☰
Isu Terkini

Oktober 2024

29 Julai 2024

Royal Enfield Himalayan Baru Dilancarkan Di Art of Speed

Royal Enfield Malaysia melancarkan model terbaru Himalayan 450 di acara Art of Speed 2024 yang berlangsung di MAEPS, Serdang baru-baru ini. Model Himalayan telah diakui merupakan antara jentera memiliki keupayaan serta ketahahan untuk mengembara ke pelbagai destinasi dan muka bumi.

Para VIP melancarkan model terbaru Royal Enfield Himalayan 450.
Para VIP melancarkan model terbaru Royal Enfield Himalayan 450.

Himalayan baru ini hadir dengan rekabentuk yang lebig segar, moden dan cukup mantap. Lampu hadapan masih kekal dengan bentuk bulat yang dipadankan dengan peak, cermin pengadang angin dan bar pelindung yang direka lebih kemas. Rekabentuk tangki (17 liter) untuk model 2024 ini jauh lebih cantik dan aerodinamik berbanding model yang muncul ke pasaran 4 tahun lalu.

Himalayan 450 disempurnakan dengan enjin satu silinder, bersesaran 452cc DOHC, sistem penyejukan cecair yang berkuasa 40ps pada 8,000rpm dan 40Nm pada 5,500rpm. Model baru ini juga hadir dengan sistem transmisi 6 kelajuan, satu peningkatan yang dinanti-nantikan untuk prestasi lebih padu.

RE Himalayan 450 - Kaza Brown.
RE Himalayan 450 - Kaza Brown.
RE Himalayan 450 - Kamet White.
RE Himalayan 450 - Kamet White.

Jika sebelum ini panel meternya adalah gabungan analog dan digital, Hmalayan terbaru ini didatangkan dengan panel meter TFT lebih moden yang memaparkan navigasi sambungan info dari telefon pintar. Himalayan 450 didatangkan dengan tayar hadapan bersaiz 21-inci yang dipadankan dengan tayar bersaiz 17 liter di belakang yang dipasang pada rim aloi baru.

RE Himalayan 450 - Hanle Black.
RE Himalayan 450 - Hanle Black.

Antara ciri-ciri menarik RE Himalayan 2024

  • mod tunggangan (Performance & Eco)
  • sistem ABS (boleh dinyahaktif)
  • fork hadapan USD jenis Showa
  • penyerap hentak belakang jenis tunggal
  • sistem ekzos lebih moden
  • brek cakera jenis ByBre (320mm depan & 270mm di belakang)

Royal Enfield Himalayan ditawarkan dalam tiga varian iaitu Base, Pass dan Summit dengan lima pilihan warna.

  • Base (Kaza Brown) RM30,600
  • Pass (Slate Himalayan Salt) RM31,100
  • Pass (Slate Poppy Blue) RM31,100
  • Summit (Hanle Black) RM31,500
  • Summit Tubeless (Kamet White) RM32,200

Setiap pembelian untuk model baru ini didatangkan dengan waranti kilang selama 3 tahun dan bantuan Roadside 3 tahun. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.