Cyclone RT450 Tampil Pelbagai Teknologi Moden - RM27,988
Pasaran skuter maksi di Malaysia bakal menerima sebuah lagi model baharu menerusi pengenalan Cyclone RT450 yang diperkenalkan di Chongqing, China sempena acara TOP 68 Dealers' Educational Tour Sales Campaign.
RT450 dijana enjin dua silinder selari 398cc, empat lejang, DOHC, lapan injap dengan sistem penyejukan cecair. Enjinnya mampu menghasilkan kuasa maksimum 31.5kW (42.2hp) pada 8,100rpm dan tprk maksimum 44.2Nm pada 5,600rpm. Turut terdapat Balance Shaft bagi mengurangkan gegarqn enjin sekali ketika perjalanan jauh.
Skuter maksi ini dilengkapi tangki bahan api 18 liter, uang bawah pelana mampu memuatkan dua buah topi keledar jenis Full Face. Selain itu, terdapat ruang penyimpanan tambahan di bahagian hadapan yang boleh digunakan untuk menyimpan barangan kecil serta kemudahan mengecas peranti secara wireless.
Cermin penghadang angin pada jentera ini boleh dilaraskan secara elektrik mengikut kesesuaian penunggang. Cermin sisi juga dilengkapi mekanisme lipatan elektrik. Lebih menarik, pelana dan pemegang tangan mempunyai fungsi pemanas yang memberikan keselesaan tambahan ketika menunggang dalam keadaan cuaca sejuk atau perjalanan jarak jauh.
Dari segi sistem elektronik, panel meter TFT berwarna memaparkan pelbagai maklumat tunggangan, sistem kunci pintar NFC, sambungan Bluetooth, pengecas tanpa wayar, ABS dua saluran, traction control dan soket USB. Sistem kamera hadapan dan belakang turut disediakan bagi membantu merakam perjalanan serta pemantauan keadaan sekeliling motosikal.
Salah satu teknologi paling menarik ialah sistem radar belakang yang berfungsi bersama Blind Spot Monitoring. Teknologi ini membantu mengesan kenderaan yang menghampiri dari belakang serta memberikan amaran sekiranya terdapat kenderaan berada di kawasan titik buta penunggang. Ia menjadi satu ciri tambahan yang berguna khususnya ketika menukar lorong atau menunggang di lebuh raya.
RT450 turut menggunakan sistem pintar FEELFUN yang merangkumi Intelligent Power Distribution Unit (IPDU) untuk menguruskan pengagihan kuasa elektrik motosikal. Selain itu, Energy Harvesting System (EHS) turut disediakan bagi membantu pengurusan dan pemulihan tenaga dalam sistem elektrik. Model ini juga dilaporkan mempunyai sistem pengecasan solar tambahan untuk membantu mengekalkan bekalan kuasa bateri ketika motosikal tidak digunakan.
Kelengkapan lain adalah fork teleskopik, penyerap hentak berkembar, berat 210kg, tinggi prlana 780mm, lampu-lampu LED, brek-brek cakera, tayar hadapan 120/70-15, tayar belakang 140/70-14, kelegaan tanah 135mm, tangki bahan api 18 liter dan jarak roda 1,525mm.
Cyclone RT450 ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga asas RM27,988 yang hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Prestige Black, Strong Gray dan Alabaster White. RR
Popular




