☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 November 2026

Lambretta Kota Bharu Dirasmikan

Jenama Lambretta di Malaysia terus kukuh menerusi pembukaan rasmi bilik pameran baharu di Kota Bharu, Kelantan pada awal November lalu. Kedai ini diuruskan oleh TKC Motor Shop yang terletak di No. 3486-S & 3486-A, Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu. 

Ditubuhkan pada tahun 1947 di Milan, Itali, Lambretta cukup dikenali menerusi reka bentuk skuter yang mempunyai identiti tersendiri serta sejarah panjang dalam dunia permotoran. Jenama ini terus menarik perhatian pelbagai lapisan penunggang termasuk generasi baharu. Menerusi pembukaan bilik pameran di Kota Bharu, pelanggan berpeluang melihat sendiri barisan model Lambretta selain mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pembelian dan bantuan selepas jualan.

Lambretta Malaysia bukan sahaja memberi tumpuan kepada penambahan bilik pameran tetapi turut memperluaskan rangkaian pusat servis di seluruh negara. Usaha ini bertujuan memudahkan pemilik mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan selepas jualan tanpa perlu berdepan kesukaran untuk mendapatkan bantuan apabila diperlukan. Langkah berkenaan juga mencerminkan komitmen jangka panjang pengedar rasmi Lambretta di Malaysia dalam meningkatkan pengalaman pemilikan pelanggan.

Kehadiran Lambretta di Pantai Timur sebenarnya sudah mempunyai asas komuniti yang kukuh menerusi kumpulan pemilik dan peminat yang aktif menjalankan aktiviti tunggangan. Oleh itu, pembukaan ruangan ini bukan hanya sekadar menambah satu lagi lokasi jualan, sebaliknya menjadi usaha untuk merapatkan hubungan dengan komuniti sedia ada dan mengalu-alukan lebih ramai pemilik baharu. Majlis pembukaan ini turut berlangsung bersama Thunder Custom Kota Bharu yang memberi peluang kepada pengunjung mengenali pelbagai jenama dan gaya permotoran di bawah satu lokasi.

"kami berbesar hati dapat membawa jenama berkenaan lebih dekat kepada pelanggan di Kota Bharu. Kami juga melihat Kelantan mempunyai komuniti motosikal yang aktif serta potensi besar untuk perkembangan Lambretta. Pembukaan bilik pameran ini  turut membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan agar mereka merasakan diri sebagai sebahagian daripada keluarga Lambretta. Kami juga menghargai kerjasama TKC Motor Shop yang memahami keperluan pelanggan dan komuniti tempatan," kata Pengarah Urusan Bike Continent Sdn. Bhd., Ronnie Chen.

Dengan pembukaan rasmi Lambretta Kota Bharu, jenama berkenaan kini meneruskan langkah memperluaskan rangkaian pengedar dan pusat servis di Malaysia. Kehadiran cawangan baharu ini dijangka memberi lebih banyak kemudahan kepada peminat skuter yang berasal dari Itali khususnya di Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur. Lambretta Malaysia juga berharap dapat terus mengukuhkan hubungan bersama komuniti penunggang tempatan menerusi pelbagai aktiviti dan pengalaman tunggangan bersama. RR

Popular

  • Warta Roda

    Boon Siew Honda Bantu 193 Murid SK Nibong Tebal Menerusi Program Ride to Reach

  • Model Baru

    Morbidelli T802 2027 Tampil Dalam 3 Varian

  • Warta Roda

    Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

  • Model Baru

    Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

  • Model Baru

    SUZUKI SV-7S: Pengganti SV650 Yang Dinanti-nantikan?

Artikel berkaitan

Boon Siew Honda Bantu 193 Murid SK Nibong Tebal Menerusi Program Ride to Reach

Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

KTM Malaysia turut merancang memeprkenalkan KTM 790 Adventure 2027 ke pasaran tempatan.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.