☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 26 Oktober 2026

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan tiga model motosikal adventure berkuasa tinggi untuk pasaran negara iaitu 1390 Super Adventure R, 1390 Super Adventure S dan 1390 Super Adventure S EVO.

Ketiga-tiga model menggunakan enjin V-Twin 75 darjah 1,350cc dengan sistem penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa 173 hp pada 9,500rpm dan tork 145Nm pada 8,000rpm. Model ini turut dipadankan bersama transmisi enam kelajuan serta teknologi CAMSHIFT bagi membantu meningkatkan tindak balas enjin pada putaran rendah dan memberikan prestasi lebih tinggi apabila putaran enjin meningkat.

KTM 1390 Super Adventure S merupakan model yang lebih menumpukan kepada tunggangan di jalan raya dan perjalanan jarak jauh. Jentera adventure ini dilengkapi suspensi WP Semi-Active Technology (SAT) yang mampu menyesuaikan tindak balas mengikut keadaan tunggangan. Selain itu, ketinggian pelananya boleh dilaraskan antara 847mm hingga 867mm manakala berat sekitar 227kg. Tangki bahan api 23 liter turut membolehkan penunggang menikmati perjalanan jauh dengan lebih praktikal. Model ini menggunakan rim aluminium yang disaluti tayar bersaiz 120/70 ZR19 di hadapan dan 170/60 ZR17 di belakang.

Antara kelengkapan lain termasuk lampu LED dengan fungsi lampu selekoh, cermin penghadang angin boleh laras, meter TFT dengah skrin sentuh dan sistem kunci pintar. Model ini turut dilengkapi brek jenis Brembo di hadapan dan belakang. Sistem  Cornering ABS traction contrl dan mod tunggangan membantu penunggang mengawal kuasa enjin mengikut keadaan jalan.



Bagi yang minat dengan tunggang yang lebih lasak, KTM 1390 Super Adventure R mungkin boleh dipertimbangkan kerana jentera ini menggunakan suspensi jenis WP XPLOR yang lebih sesuai untuk laluan offroad. Rim jejari bersaiz 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang dipadankan dengan tayar jenis dual purpose. Ketinggian pelana 880mm jarak kelegaan bumi 242mm dan berat pula sekitar 231kg tanpa bahan api atau 248kg apabila tangki diisi penuh. Tangki bahan api pula bersaiz 23 liter dikekalkan seperti model S.

Model R turut menggunakan brek Brembo dengan cakera hadapan 320mm dan cakera belakang 267mm. Cermin penghadang angin lebih pendek memberikan ruang pergerakan yang lebih luas ketika menunggang dalam posisi berdiri. Manakal penggunaan carsh bar pula didatangkan secara standard pada model R.



Sebagai varian tertinggi, KTM 1390 Super Adventure S EVO menawarkan beberapa teknologi tambahan berbanding dengan varian R dan S. Antara ciri utama adalah sistem transmisi jenis Automated Manual Transmission (AMT) yang membolehkan penunggang memilih penggunaan gear secara manual atau auto tanpa perlu menggunakan klac. Model ini turut dipadankan bersama suspensi WP Semi-Active Technology (SAT), sistem radar hadapan Bosch generasi kelima dan Adaptive Cruise Control (ACC).

Antara ciri lain adalah beratnya 227kg tanpa bahan api, tinggi pelana 847mm hingga 867mm, tangki bahan api 23 liter dan rim jenis aluminium bersaiz 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang.

Dari segi harga, KTM 1390 Super Adventure S ditawarkan pada harga asas bermula RM144,000 manakala KTM 1390 Super Adventure R pada RM146,500. Sementara itu, KTM 1390 Super Adventure S EVO yang menjadi varian paling premium dalam keluarga ini dijual pada harga asas RM153,000. RR

Popular

  • Pandu Uji

    KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

  • Model Baru

    KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

  • Warta Roda

    Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

  • Model Baru

    Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Artikel berkaitan

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.