SWM TEMAX 160: Masuk Malaysia tahun depan. Harga dijangka bawah RM10,000
Kami kini berada di ibu pejabat SWM Motorcycles di Chongqin, China untuk melihat dan menunggang uji beberapa buah model yang bakal dilancarkan ke pasaran negara tahun depan.


Salah satu daripadanya ialah SWM Temax 160, sebuah moped/kapcai yang pastinya menarik perhatian para peminat motosikal dengan reka bentuk yang sporty dan moden. Temax 160 ini sesuai untuk mereka yang mahukan sebuah jentera yang bergaya serta praktikal untuk kegunaan harian.


Dari segi penampilan, SWM Temax 160 mempunyai reka bentuk yang menyerlah dan agresif. Model ini didatangkan dengan enjin 155cc, silinder tunggal, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 17.4hp dan tork 13Nm yang dirasakan cukup mantap ketika memecut di dalam gear-gear pertengahan.


Pakej lampu semuanya jenis LED, disepadankan dengan panel meter digital berwarna penuh. Ketika menguji model ini di kawasan yang disediakan, kami sukakan sistem transmisi 6-kelajuan yang cukup lancar.


Posisi menunggang juga selesa, kedudukan tempat pemijak juga sesuai untuk semua jenis penunggang. Tayar hadapan bersaiz 90/80-17 manakala di 120/70-17 yang dipadankan dengan brek-brek cakera dan rim 'tanduk rusa'.


Pelananya setinggi 815mm dan berat keseluruhan untuk model ini ialah 135kg dengan tangki bersaiz 7 liter. RR


Popular




