☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 November 2026

KYMCO CV-X45: Skuter 'Adventure Crossover' Serba Baru

KYMCO CV-X45 merupakan skuter 'Adventure Crossover' baru yang diperkenalkan secara rasmi di pameran EICMA 2026 di Milan baru-baru ini. Skuter era baru ini disempurnakan dengan enjin 427cc, sistem penyejuk cecair dengan pacuan akhir jenis rantai. Model ini direka dengan menggabungkan prestasi mantap tunggangan biasa dengan keupayaan untuk meredah laluan-laluan mencabar.

Ya...enjin bersesaran 427cc, satu silinder ini menghasilkan kuasa maksimum sekitar 34.4hp dan tork 40Nm yang menjanjikan tahap pecutan cukup cemerlang. Paling menarik, model ini menggunakan enjin berkedudukan di tengah dan hadir dengan dual balancer bagi mengurangkan gegaran. Antara sistem elektronik yang dipadatkan pada model ini terdiri daripada sistem Traction Control, sistem ABS, Mod Tunggangan (Power, Rain, dan Off-Road), sistem Kunci Pintar dan panel meter TFT.

Untuk kelancaran perjalanana di jalanan biasa dan di laluan lasak, Kymco melengkapkan model ini dengan fork hadapan USD 41 mm dengan jarak travel 150 mm. Pergerakan di belakang pula dikawal oleh sistem saspensi belakang multi-link dengan pra-beban boleh laras. Selain itu, model ini turut dilengkapkan dengan Pemanas Pendikit,  heated grips, lampu penuh LED dan ruang bawah pelana yang boleh memuatkan topi keledar muka penuh/adventure.

Spesifikasi ringkas:

  • Kelegaan tanah: 150mm
  • Tinggi pelana: 800mm
  • Isis tangki: 13.5 liter
  • Berat: sekitar 210kg - 212kg

Kymco CV-X45 ini ternyata antara model yang mendapat perhatian ramai ketika ia diperkenalkan di EICMA baru-baru ini. Kita berharap pihak MODENAS yang selaku pengedar rasmi jenama KYMCO di Malaysia akan segera melancarkan model ini ke pasaran negara. RR

Popular

  • Warta Roda

    EICMA 2026 & YAMAHA CAMPUS: Pengalaman Yang Cukup Berharga

  • Model Baru

    EICMA 2026 & YAMAHA CAMPUS: Pengalaman Yang Cukup Berharga

  • Warta Roda

    Lambretta Kota Bharu Dirasmikan

  • Warta Roda

    Boon Siew Honda Bantu 193 Murid SK Nibong Tebal Menerusi Program Ride to Reach

  • Model Baru

    Morbidelli T802 2027 Tampil Dalam 3 Varian

Artikel berkaitan

EICMA 2026 & YAMAHA CAMPUS: Pengalaman Yang Cukup Berharga

Morbidelli T802 2027 Tampil Dalam 3 Varian

Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

SUZUKI SV-7S: Pengganti SV650 Yang Dinanti-nantikan?

Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

Zontes 552Z merupakan salah satu daripada empat varian dalam keluarga 552 yang turut merangkumi 552G, 552S dan 552H.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.