Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 8 Jun 2026

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Alpinestars Malaysia (Sinar Puncak Sdn Bhd) telah melancarkan helmet premium, Alpinestars Supertech R10 (S-R10) 'Asia Fit' yang menawarkan inovasi baru bertaraf MotoGP buat para penunggang motosikal di Malaysia khususnya pada harga bermula dari RM3,999 untuk warna solid dan RM4,799 untuk pilihan grafik.

S-R10 merupakan helmet paling canggih pernah dihasilkan oleh Alpinestars dan ia adalah hasil penyelidikan dan pembangunan lebih dari sedekad dengan kerjasama para pelumba MotoGP. S-R10 direka khususnya untuk mereka yang inginkan sebuah produk yang memiliki tahap keselamatan terbaik, aerodinamik dan keselesaan optimum untuk kegunaan di litar mahupun di jalanraya biasa.

Dari aspek keselamatan, S-R10 memiliki pensijilan FIM Racing Homologation, ECE 22.06 dan DOT, menjadikannya antara helmet yang memenuhi standard keselamatan paling tinggi dalam industri motosikal.

Cangkerang Luar (Outer Shell) Supertech R10 dibina daripada gabungan beberapa bahan komposit:

  • Karbon 3K berketumpatan tinggi (High-Density 3K Carbon Fiber): Memberikan kekuatan struktur yang tinggi tetapi ringan.
  • Karbon Unidirectional (UD Carbon): Membantu meningkatkan ketegaran untuk pengurusan tenaga impak yang lebih mantap.

  • Gentian Aramid (Aramid Fiber): Bahan yang sama keluarga dengan Kevlar, terkenal dengan ketahanan terhadap hentakan dan koyakan.
  • Gentian Kaca (Fiberglass): Digunakan untuk mengoptimumkan fleksibiliti struktur dan penyerapan tenaga semasa kemalangan.

Untuk bahagian dalam pula, Supertech R10 menggunakan bahan EPS (Expanded Polystyrene) membolehkan tenaga hentakan diserap secara lebih efektif untuk perlindungan penunggang.

Helmet ini turut menampilkan 11 saluran pengudaraan, spoiler perlumbaan untuk kestabilan pada kelajuan tinggi serta sistem pelarasan A-Head Fitment yang membolehkan pengguna menyesuaikan kedudukan dalaman helmet mengikut bentuk kepala masing-masing. Setiap unit turut didatangkan dengan visor jernih, visor gelap, Pinlock anti-kabus, 'tear-off' dan aksesori perlumbaan lain.

Menurut Alpinestars Malaysia, Supertech R10 disasarkan kepada pemilik motosikal supersport, penunggang track day dan pengguna yang mengutamakan teknologi keselamatan terkini. Dengan adanya Alpinestars Supertech R10 di pasaran negara, ia pastinya memberi lebih banyak pilihan kepada penunggang tempatan yang mencari helmet bertaraf MotoGP.

Helmet premium ini boleh didapati di pengedar sah Alpinestars di seluruh negara bermula Jun 2026. RR

Popular

  • Dari Litar

    Qabil Irfan Cedera Dalam FP2 Moto4

  • Model Baru

    LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

  • Warta Produk

    DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

  • Model Baru

    Adakah LETBE NOMAD 350 Bakal Masuk Malaysia Pada 2027?

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

PETRONAS Sprinta Lancar Scooter Extreme +Ester 5W-40

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Keeway Malaysia mengumumkan pelaksanaan Program Panggil Semula (Product Recall Program) bagi model Keeway XDV180 Evo

Dari Litar

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Md Irfan Haykhal Amidi akhirnya menamatkan penantian untuk meraih kemenangan sulung dalam kategori CP150 selepas muncul juara dalam pusingan keepat CP150.

Model Baru

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

MODA Sporter S SKII dilancarkan dengan pelbagai ciri pembaharuan.

Dari Litar

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish terus diberi kepercayaan untuk mengharungi saingan Moto3 bagi musim hadapan.