Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 10 Jun 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Jenama topi keledar tempatan, ARC Helmet mempertontonkan koleksi terbaharunya iaitu ARC XRS Star Wars Special Edition sempena penganjuran Malaysia Bike Show 2026 yang berlangsung di MAEPS, Sedang pada hujung bulan Mei lalu. Pelancaran tersebut menandakan satu lagi langkah penting buat syarikat yang berpangkalan di Butterworth, Pulau Pinang itu dalam memperkukuhkan kedudukannya dalam industri topi keledar tempatan.

Darth Vader
Darth Vader

Koleksi XRS merupakan antara produk terbaharu yang dibangunkan sepenuhnya oleh pasukan ARC Helmet dengan menggabungkan aspek keselamatan, keselesaan dan gaya moden. Lebih menarik, model ini hadir dengan pilihan grafik eksklusif yang diinspirasikan daripada watak-watak ikonik francais Star Wars seperti Darth Vader, BB-8, The Mandalorian dan Stormtrooper. Setiap grafik telah direka dan dibangunkan hasil kajian terperinci bagi memastikan ia bukan sahaja menarik perhatian, malah menepati identiti jenama tersebut.

BB-8
BB-8

Apa yang lebih penting, XRS juga menjadi model pertama ARC Helmet yang dibangunkan mengikut piawaian keselamatan ECE 22.06 yang merupakan standard keselamatan terkini dari Eropah. Pencapaian ini dilihat sebagai satu penanda aras baharu buat ARC Helmet yang kini semakin agresif memperluaskan potensi jenamanya ke peringkat antarabangsa.

The Mandalorian
The Mandalorian

ARC XRS Star Wars Special Edition hadir dengan saiz cangkerang yang lebih besar, pelindung matahari dalaman (sun visor), sistem buka-tutup visor jenis klik pantas, sokongan Pinlock, pelapik dalaman yang boleh ditanggalkan dan mesra pengguna untuk mera yang berkaca mata.

The Mandalorian
The Mandalorian

Selain itu, aspek pengudaraan dan aerodinamik turut diberikan perhatian khusus berdasarkan maklum balas yang diterima daripada komuniti penunggang motosikal. Pendekatan ini mencerminkan komitmen ARC Helmet yang sentiasa mendengar keperluan pengguna sejak lebih lima dekad lalu.

Siri Youth Star Wars Special Edition
Siri Youth Star Wars Special Edition

Bagi golongan muda, ARC Helmet turut memperkenalkan siri Youth Star Wars Special Edition yang menampilkan grafik watak seperti BB-8, The Mandalorian, Grogu, Stormtrooper dan Darth Vader. Pada masa sama, syarikat itu juga mempamerkan rangkaian topi keledar kanak-kanak baharu yang diinspirasikan daripada watak-watak popular Disney seperti Toy Story, Zootopia dan Mickey Mouse & Friends.

Topi keledar ARC XRS Star Wars Special Edition ditawarkan pada harga RM370 dan akan mula berada di pasaran bermula 4hb Julai menerusi pengedar sah terpilih di seluruh negara. Sementara itu, varian Youth pula ditawarkan pada harga RM135. RR

Popular

  • Dari Litar

    Qabil Irfan Cedera Dalam FP2 Moto4

  • Model Baru

    LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

  • Warta Produk

    DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

  • Model Baru

    Adakah LETBE NOMAD 350 Bakal Masuk Malaysia Pada 2027?

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

PETRONAS Sprinta Lancar Scooter Extreme +Ester 5W-40

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Marco Bezzecchi mencatat keputusan masa terpantas pada sesi latihan hari Jumaat di Aragon.

Dari Litar

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Hakim Danish Ramli bersedia melupakan kekecewaan di Silverstone dan mengalihkan fokus kepada misi kebangkitan pada GP Aragon.

Model Baru

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

MODA Sporter S SKII dilancarkan dengan pelbagai ciri pembaharuan.

Model Baru

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

HLYM secara rasminya perkenalkan skuter baharu iaitu XMAX Tech MAX.