☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 7 September 2026

LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

Kali pertama kami melihat model ini di ruang pameran LETBE Motorcyles di Guangzhao baru-baru terus memberikan minat untuk mencuba. Kenapa? Jawapannya mudah sahaja, sebab nampak best dan unik! Ya..itulah kelebihan model Flygon yang akhirnya dapat kami uji selama beberapa lap di Litar Ujian LETBE pada hari kedua kami di China.

Jom kita lihat dengan lebih dekat! Model ini menggunakan sistem kunci pintar tetapi untuk membuka tangki petrol, tetap kena guna kunci macam biasa. Paling 'menarik-menarik' kita untuk dekat dengan model ini ialah pada rekabentuknya. Dua lampu LED 'menonjol' di depan menambah gaya, mula-mula nampak pelik tapi lama-lama garang juga!  Lampu belakang pula direka simple sahaja tapi sudah cukup cerah. Di bahagian depan juga didatangkan dengan Headlight Guard dan pada masa yang sama, nampak gaya ala jentera lasak!

Panel meter jenis TFT dengan paparan yang cukup jelas, secara peribadi saya sukakannya. Kelebaran dan ketinggian bar hendalnya juga sesuai untuk semua jenis penunggang. Mudah untuk kita kawal setiap pergerakan khususnya ketika mengendalikan jentera seberat 150kg ini di ruang yang agak sempit.

Pelana yang hanya setinggi 780mm memudahkan kita 'memanjat' ke atas Flygon ini. Apa yang agak pelik ialah pada saiz tayar-tayarnya iaitu 130/80-18 (depan) dan 180/80-14 (belakang) yang pada pandanan kami saiz ini agak sukar untuk didapati. Rekaan bahagian ekzos memang cun dan terdapat pula 'iron plate' di atas tangkinya (11 liter) bukan semata-mata untuk tampak lebih ruged tetapi juga untuk melindungi bahagian luaran tangki jika berlakunya perlanggaran dan memudahkan kita meletak beg barangan.

Sesi Tunggang Uji dilakukan di kawasan litar ujian yang terletak di kilang Haojin Motorcycle, Guangzhou. Ada pelbagai laluan disediakan terdiri daripada laluan lurus untuk memecut, slalom, berbukit, berbatu dan laluan lasak ((off-road). Kami dapat melakukan empat lap dengan Flygon 250 dan beberapa info penting dapatlah kami kongsikan sedikit sebanyak bersama para pembaca.

Pertamanya ialah posisi menunggang yang relaks dan natural. Seperti kebanyakan model jalanan lain, ruang di antara bar hendal dengan penunggang cukup luas dan selesa. Posisi tempat pemijak juga tidak tinggi sehinggakan kita terpaksa membengkokkan kaki keterlaluan (walaupun untuk penunggang tinggi). Suis-suis pada bar hendal juga sedang digunakan. Suis penghidup berbentuk bulat, seiring dengan rekabentuk panel meternya - kemas sekali.

Flygon disempurnakan dengan enjin 250cc yang memberikan hantaran kuasa setinggi 23.4hp pada 7,500rpm dan tork 23Nm pada 6,000rpm - memberikan kita keupayaan untuk memecut dengan lancar. Sayangnya kelebaran/saiz tayar yang pada pendapat saya tidak begitu sesuai untuk model ini yang memerlukan putaran tenaga yang tinggi untuk memecut lebih-lebih dalam gear-gear pertengahan. Namun begitu, sistem brek jenis cakera (depan/belakang) yang dipadankan dengan sistem ABS dan Traction Control sememangnya menambah keyakinan dan keseronokan.

Fork hadapan jenis terbalik (USD) dipadankan dengan penyerap hentak tunggal di belakang menyerap setiap hentakan dan pergerakan dengan baik. Ini jelas terasa ketika kami menaiki/turun bukit dan ketika berada di jalan-jalan berbatu/off-road. Jarak kelegaan tanahnya 230mm, cukup best untuk merentas laluan lasak. Saya juga pada mulanya ada sedikit ragu-ragu sama pada sistem transmisi 5-kelajuannya. Ada kemungkinan keras tak? Jangkaan saya meleset, kota gear Flygon memberikan kawalan manual yang mudah dan lancar untuk tunggangan harian atau pun buat ride santai di laluan berselekoh di hujung minggu.

Untuk 4 lap di litar ini, hanya masalah size tayar sahaja setakat ini yang saya fikirkan tetapi prestasinya yang lain semuanya cukup bagus. Model ini juga dalam senarai untuk dibawa masuk ke pasaran negara tetapi segalanya masih dalam perancangan. Jujurnya, saya suka model ini kerana rekabentuknya yang pelik dan unik serta pengendaliannya yang baik.

Selain 250cc, pihak LETBE turut menawarkan dua lagi versi iaitu Flygon 125 dan Flygon 50. Jadi....Kita tunggu ya! RR

Popular

  • Model Baru

    Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

  • Model Baru

    Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

  • Model Baru

    Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

  • Warta Roda

    Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Artikel berkaitan

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.