☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 5 Jun 2026

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

Pasaran tayar supersport kini semakin kompetitif memandang semakin banyak model-model sport diperkenalkan baik dari pengeluar Asia mahu pun Eropah. Sebagai pengeluar tayar yang berada di pasaran dunia lebih daripada 100 tahun, Continental Tires terus menawarkan pelbagai produk yang lebih praktikal dan bermutu, sesuai dengan teknologi motosikal yang kian moden.

Terkini, Continental Tires tampil dengan 'senjata' terbaharu mereka iaitu ContiSportAttack 5. Dibangunkan berasaskan pengalaman perlumbaan dengan mengekalkan keselesaan penggunaan harian. SportAttack 5 hadir sebagai pengganti kepada SportAttack 4 dengan sasaran utama penunggang motosikal berkuasa tinggi yang mahukan kenikmatan tunggangan di jalanan biasa tetapi pada masa yang sama, pencinta litar perlumbaan.

En. Christoph Ettenhuber, Ketua Bahagian Perniagaan Tayar Motosikal Continental.
En. Christoph Ettenhuber, Ketua Bahagian Perniagaan Tayar Motosikal Continental.

Ya...tayar premium dari Continental ini direka untuk nisbah 80% untuk jalanan biasa dan 20% di litar! Namun begitu, ia menawarkan tahap cengkaman yang cukup luar biasa buat penunggang motosikal sport dan streetbike ketika beraksi di atas litar.

Penghasilan ContiSportAttack 5 menggunakan formulasi terkini BlackChili Silica yang dibangunkan bagi meningkatkan cengkaman dan memastikan memastikan tekanan tayar terus konsistem walaupun digunakan secara agresif. Dengan penggunaan sebatian BlackChili ini, tayar ini mencapai suhu operasi yang sangat cepat - boleh dikatakan hampir tak perlu masa untuk 'Warm-up'.

Hasilnya, kita dapat memperoleh tahap cengkaman terbaik sebaik sahaja memulakan perjalanan. Dari segi keyakinan, betul...ia memberikan interaksi yang lebih baik terus ke permukaan jalan dan pada masa yang sama memberikan kadar penghausan lebih sekata.

Untuk membuktikan prestasi ContiSportAttack 5, RR bersama beberapa lagi wakil media dari Malaysia telah diberi peluang untuk menguji tayar ini di Litar Bira, Chonburi, Thailand baru-baru ini. Terima kasih buat pihak Continental Tires atas jemputan.

Info: Litar Bira dirasmikan pada tahun 1986 dan merupakan litar pertama di Thailand yang meraih sijil pengiktirafan antarabangsa. Litar bersejarah ini telah menganjurkan beberapa perlumbaan bertaraf dunia termasuklah South East Asia Touring Car Zone Challenge (SEATCZC) dan The Asian Formula 2000 (AF2000).

Sumber: Laman web rasmi Bira Circuit.
Sumber: Laman web rasmi Bira Circuit.

ContiSportAttack 5 ini diuji menggunakan Honda CBR50R, CB650R dan Triumph Daytona 660. RR berkesempatan menunggang dua jentera Honda itu dalam sesi 'Slalom' dan di litar untuk 11 lap. Hasil ujian tersebut sememangnya memberikan senyuman buat kami dan semua kakitangan Continental Tires di sana.

Litar Bira sepanjang 2.410 kilometer dengan 11 selekoh yang cukup menarik. Di laluan lurusnya, kita boleh memecut lebih daripada 150km/j. Dengan ContiSportAttak 5, setiap selekoh dapat diratah dengan cukup yakin walaupun kita baru sahaja mengenali selok belok litar tersebut.

Secara peribadi, teknologi terbaru dari Continental Tires iaitu 'Teknologi TractionSkin' cukup mengagumkan. Dengan adanya teknologi ini, permukaan tayar dari kilang sudah sedikit kasar dan tidak seperti tayar-tayar baru jenama lain yang agak licin. Ketiadaan lapisan lilin licin pada tayar baru ini menjadikan tempoh penyesuaian awal (break-in) lebih selamat, lebih cepat dan lebih mudah.

Kesimpulannya, teknologi TractionSkin ini menghasilkan cengkaman lebih cepat/baik sejak dari awal. Ini membolehkan tempoh proses 'Warm-up' lebih singkat. Risiko berlakunya kegelinciran akibat permukaan tayar baru (licin) dapat dikurangkan dan semestinya penunggang akan lebih yakin sebaik saja tayar dipasang.

ContiSportAttack 5 juga disempurnakan dengan teknologi MultiZoneBelt yang terbukti memainkan peranan penting. Struktur 'tali keluli' yang lebih padat di bahagian tengah membantu kestabilan ketika memecut laju (khususnya di laluan lurus), manakala bahagian bahu yang lebih fleksibel meningkatkan kawasan sentuhan ketika kita berada di laluan-laluan berselekoh.

Ketika di sesi ujian, tayar ini menunjukkan karaktor atau sifat yang cemerlang ketika masuk ke selekoh. Proses penukaran arah menjadi lebih ringan tanpa menggunakan lebih tenaga pada hendal. Bagi sebuah motosikal berkuasa tinggi, sifat ini membantu penunggang mengekalkan rentak yang konsisten.

Apabila kelajuan semakin meningkat dan sudut condong bertambah agresif, SportAttack 5 mula memperlihatkan identitinya sebagai tayar supersport sebenar. Maklum balas daripada bahagian hadapan sangat jelas, membolehkan penunggang mengetahui tahap cengkaman yang masih tersedia.

Apa yang paling mengagumkan ialah kestabilan ketika keluar selekoh sambil 'mengoyak' pendikit secara agresif. Tayar belakang memberikan daya tarikan yang progresif. Kami pasti ramai pengguna SportAttack 5 ini akan berpuas hati dengan tahap cengkaman dan ketahanan tayar untuk kegunaan jalan raya dan di sesi Track Day.

Walaupun fokus utama SportAttack 5 adalah prestasi, Continental tidak mengabaikan penggunaan harian. Struktur tayar direka supaya memberikan kestabilan ketika tunggangan jarak jauh. Selepas beberapa sesi di litar, Continental SportAttack 5 membuktikan bahawa mereka berjaya menghasilkan produk yang sukar ditandingi dan berbaloi untuk dimiliki.

SportAttack 5 mungkin bukan tayar perlumbaan sepenuhnya, tetapi untuk kegunaan dunia sebenar, inilah antara tayar yang paling lengkap pernah dihasilkan oleh syarikat ini. RR

Popular

  • Model Baru

    Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

  • Model Baru

    Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

  • Model Baru

    Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

  • Warta Roda

    Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

PETRONAS Sprinta Lancar Scooter Extreme +Ester 5W-40

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.