Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 31 Mei 2026

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

Jenama pengeluar aksesori motosikal terkenal dari Itali, GIVI Malaysia melancarkan tiga produk terbaharu iaitu M33.1 ARIA NEO, M35.1 SCUDO II dan 52.0 Full Face. Pelancaran rasmi ini telah berlangsung sempena Malaysia Bike Show 2026 di MAEPS, Serdang, Selangor.

Ketiga-tiga model ini dibangunkan berasaskan konsep Head Protection System (HPS), iaitu pendekatan menyeluruh GIVI yang menggabungkan teknologi keselamatan terkini, keselesaan jangka panjang, reka bentuk moden dan fungsi praktikal dalam satu pakej lengkap. Bukan sekadar pelindungan kepala, topi keledar baharu ini mencerminkan gaya hidup penunggang moden yang aktif sama ada di kawasan bandar mahupun ketika menempuh perjalanan jarak jauh.

Untuk topi keledar jet Open Face, GIVI menampilkan M33.1 ARIA NEO dan M35.1 SCUDO II sebagai evolusi kepada model terdahulu iaitu M33.0 ARIA dan M35.0 SCUDO. Kedua-dua model mengekalkan pensijilan keselamatan ECE R22.06 yang hadir dengan pelbagai penambahbaikan dari segi ergonomik, keselesaan dan prestasi harian. Antara peningkatan yang ada termasuk visor lebih, spoiler belakang, sistem pengudaraan yang lebih cekap, mesra pengguna buat mereka yang berkaca mata serta lapisan dalaman yang lebih selesa untuk kegunaan harian dan perjalanan jauh.

M33.1 ARIA NEO merupakan model yang direka sepenuhnya di Malaysia. Ia sesuai untuk penunggang harian yang mengutamakan keseimbangan antara keselamatan dan keselesaan. Dilengkapi sistem single visor yang praktikal, model ini ditawarkan dalam saiz S hingga XL dengan tiga pilihan warna iaitu Metallic Silver, Dark Grey dan Black.

Sementara itu, M35.1 SCUDO II direka untuk kegunaan yang lebih versatil sama ada untuk perjalanan harian atau aktiviti touring hujung minggu. Sistem double visor yang digunakan membolehkan pelarasan penglihatan yang lebih jelas mengikut keadaan cahaya. Model ini tersedia dalam saiz S hingga 2XL dengan dua saiz cengkerang serta enam pilihan warna antaranya Solid White, Nardo Grey, Graphic Utopia Titanium Yellow, Graphic Edge Blue Red, Graphic Uno White Black dan Graphic Uno Yellow Black.

Bagi penunggang yang mengutamakan perlindungan maksimum, GIVI turut memperkenalkan model topi keledar penuh iaitu 52.0 yang dibangunkan khusus untuk kegunaan harian dan pengembaraan jarak jauh. Topi keledar muka penuh ini mematuhi piawaian keselamatan ECE R22.06 (Full Face P) dan dilengkapi sistem double visor yang menggabungkan visor luar tahan calar bersama visor pelindung matahari dalaman bersepadu. Selain itu, ia turut serasi dengan sistem Pinlock® bagi memastikan penglihatan kekal jelas dalam pelbagai keadaan cuaca termasuk hujan, kabus dan cuaca panas.

Dari aspek keselesaan, 52.0 Full Face dilengkapi sistem pengudaraan tiga arah yang merangkumi saluran udara di bahagian atas, belakang dan dagu bagi memastikan aliran udara yang optimum sepanjang perjalanan. Bahagian dalaman pula menggunakan lapisan serta pad pipi anti-alahan yang boleh ditanggalkan untuk memudahkan penyelenggaraan dan mudah dicuci. Model ini turut dilengkapi breathguard dan deflektor angin boleh tanggal bagi meningkatkan kestabilan serta keselesaan ketika menunggang dalam pelbagai keadaan cuaca.

Topi keledar 52.0 Full Face ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Solid White, Matt Titanium, Graphic Carbon Titanium Red dan Graphic Ever Matt Titanium Black Grey Silver Fluo.

Ketiga-tiga koleksi topi keledar baharu ini dijadualkan memasuki pasaran Malaysia mulai Julai 2026 menerusi platform dalam talian rasmi GIVI Point Malaysia dan GIVI Point di seluruh negara serta pengedar sah GIVI. Harga pelancaran yang ditetapkan ialah RM195 utuk M33.1 ARIA NEO manakala M35.1 SCUDO II ditawarkan pada harga RM370 (warna solid) dan RM420 (grafik). Untuk model topi keledar penuh iaitu 52.0 dijual pada harga RM350 (warna solid) dan RM400 (grafik). RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

PETRONAS Sprinta Lancar Scooter Extreme +Ester 5W-40

YOHE - Jenama Topi Keledar Terbaru Di Pasaran

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Royal Enfield meraikan ulang tahun ke-125 penubuhannya di peringkat global sambil memperkukuhkan lagi kedudukan dalam segmen motosikal kelas pertengahan.

Model Baru

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT5 kini rasmi masuk pasaran tempatan menerusi majlis perasmian Mforce Smartshop KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd. di Alor Setar, Kedah.

Warta Roda

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

Model Baru

Lambretta Malaysia Pertonton Dua 'Wajah' Serba Baru

Lambretta Malaysia telah mempertontonkan dua model terbaru mereka di acara Kustom Kultur, Art of Speed 2026 baru-baru ini. Ucapkan 'Selamat Datan' buat J200 dan X50GP yang kedua-duanya mempunyai aura dan keistimewaan yang tersendiri.