☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 5 September 2026

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

DJI Malaysia memperkenalkan Osmo 360 II yang merupakan kamera action 360° generasi baharu dengan peningkatan dari segi kualiti rakaman, prestasi cahaya rendah serta kemudahan penggunaan.

Antara tarikan utamanya ialah keupayaan merakam video 360° pada resolusi sehingga 8K dengan kadar 60fps. Peningkatan ini memberikan rakaman yang lebih terperinci dan lancar terutama ketika merakam aksi berkelajuan tinggi seperti aktiviti permotoran, sukan lasak dan pengembaraan.

DJI turut melengkapkan Osmo 360 II dengan sistem AI SuperNight 2.0 yang direka untuk meningkatkan prestasi rakaman dalam keadaan pencahayaan rendah. Teknologi ini membolehkan pengguna menghasilkan rakaman yang lebih jelas dan terperinci ketika digunakan pada waktu malam atau persekitaran dengan pencahayaan yang terhad.

Satu lagi ciri penting ialah penggunaan sistem lens boleh ditukar sendiri. Ini memberikan kelebihan kepada pengguna kerana bahagian lens kamera 360° lazimnya lebih terdedah kepada risiko calar atau kerosakan ketika digunakan dalam aktiviti lasak. Dengan ciri tersebut, lens boleh digantikan tanpa perlu menukar keseluruhan kamera. Kelebihan ini sangat memudahkan kepada penggunanya.

Untuk segi ruang storan, Osmo 360 II menawarkan berat 183g dan 105GB storan terbina di dalam manakala kapasiti baterinya ialah 2,150mAh yang menyokong pengecasan pantas sehingga 80% dalam 22 minit. Kamera ini turut menyokong sambungan pantas melalui NFC Quick Connect selain menawarkan kawalan menggunakan arahan suara dan gerakan.

Bagi pengguna yang gemar menghasilkan kandungan motosikal, DJI Osmo 360 II turut menarik perhatian menerusi ciri seperti Invisible Selfie Stick, Spotlight Follow dan fungsi penjejak subjek. Gabungan ini membolehkan rakaman perspektif 360° dihasilkan dengan lebih kreatif tanpa gangguan selfie stick dalam rakaman.

Dari segi ketahanan pula, model ini mempunyai kemampuan kalis air sehingga 10 meter tanpa memerlukan casing. Kelebihan ini menjadikannya sesuai digunakan untuk pelbagai aktiviti luar termasuk tunggangan, perjalanan pada waktu hujan dan sukan air. Antara ciri lain seperti Foto HDR 360° 120MP, Timelapse 360° 16k, Gerak Perlahan 64x, Vortex 8K/120fps serta Profil Warna 10 Bit & D-Log M.

DJI Osmo 360 II ditawarkan pada harga bermula RM2,189.00 bagi Standard Combo manakala Limitless Riding Combo RM2,299 dan Adventure Combo pada harga RM2,629.00. RR

Popular

  • Model Baru

    Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

  • Model Baru

    Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

  • Model Baru

    Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

  • Warta Roda

    Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Artikel berkaitan

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

PETRONAS Sprinta Lancar Scooter Extreme +Ester 5W-40

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).