☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 Ogos 2026

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Pelumba TAB Sports SCK Honda Racing, Md Irfan Haykhal Amidi akhirnya menamatkan penantian untuk meraih kemenangan sulung dalam kategori CP150 selepas muncul juara pada Pusingan 4 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 di Litar Stadium Negeri Pulau Pinang. Kemenangan penuh bergaya itu hadir selepas Irfan bangkit daripada kesilapan pada awal perlumbaan sebelum menewaskan gergasi-gergasi litar seperti Azroy Hakeem Anuar dan Kasma Daniel Kasmayudin.

Perlumbaan 20 pusingan bermula dengan Azroy Hakeem Anuar (Honda Castrol Power 1 Yuzy Racing) melakukan permulaan dengan sempurna untuk terus menjadi pemimpin. Sebaliknya, Irfan yang bermula dari petak kedua berdepan nasib malang apabila tayar hadapan jenteranya terangkat sebaik perlumbaan bermula yang menyebabkan beliau tercicir ke tempat keempat di belakang Azroy serta dua pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor iaitu Kasma Daniel Kasmayudin dan Nazirul Izzat Md Bahauddin. Separuh pusingan pertama perlumbaan menyaksikan Azroy dan Kasma bertarung sengit di hadapan di mana Kasma memberikan tekanan dengan hanya ketinggalan 0.098 saat.

Tidak mahu kesilapan awal memusnahkan peluangnya, Irfan mula memburu kelompok hadapan dengan tunggangan konsisten. Menjelang pusingan ke-10, beliau berjaya merapatkan jurang dan menyertai kelompok pendahulu dan meninggalkan kelompok di belakang sejauh kira-kira empat saat. Memasuki pusingan ke-15, Irfan mula meningkatkan tekanan sebelum berjaya memintas Kasma untuk merampas kedudukan kedua. Momentum tersebut diteruskan sehingga pusingan ke-18 apabila Irfan mencatat masa terpantas 53.129 saat, sekali gus membuka ruang untuk memintas Azroy dan mengambil alih kedudukan pendahulu.

Irfan kemudian kekal tenang untuk menghadapi asakan Azroy pada dua pusingan terakhir sebelum melintasi garisan penamat sebagai juara dengan catatan 17 minit 52.569 saat. Azroy terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan masa 17:53.016 saat manakala Kasma melengkapkan podium di tempat ketiga dengan catatan 17:55.765 saat. Nazirul pula menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan masa 18:01.947 saat, diikuti Md Helmi Azman daripada TAB Sports SCK Honda Racing di tempat kelima. RR

Popular

  • Warta Roda

    Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

  • Warta Roda

    ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

  • Model Baru

    MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

  • Warta Roda

    PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

  • Warta Roda

    Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Artikel berkaitan

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Qabil Irfan Cedera Dalam FP2 Moto4

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Model Baru

Akhirnya ZXMOTO 820RR, 500RR dan 500F Sedia Dipasarkan!

Model yang ditunggu-tunggu selama ini iaitu ZXMOTO 820RR telah dilancarkan dengan rasminya oleh pihak Mforce pada harga RM39,888.

Model Baru

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan teknologi Honda E-Clutch kepada tiga lagi modeluantuk pasaran Malaysia iaitu Honda NX500, CB750 dan Transalp.

Dari Litar

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Nicolo Bulega bakal membuat kemunculan dalam saingan MotoGP pada musim 2027 selepas disahkan menyertai pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team.