☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Ogos 2026

ARIIC GOBI 250 Tiba di Pengedar Mforce Smartshop Seluruh Negara

Selepas dipertontonkan di Top 68 Dealers' Educational Tour Sales Campaign yang berlangsung di Zhejiang, China tahun lalu dan diperkenalkan kepada orang ramai ketika Mforce Moto Xperience di Malaysia Bike Show 2026, ARIIC GOBI 250 akhirnya mula tiba di semua pusat pengedar Mforce Smartshop di seluruh negara.

Model ini tampil dengan rekaan gaya skuter adventure yang lengkap dengan crash bar, cermin penghadang angin boleh laras secara manual, fork hadapan jenis USD, rim jejari dan lampu-lampu LED. Turut melengkapkan model ini ialah paparan meter TFT berwarna 7 inci, sistem kunci pintar, ruang simpanan bawah tempat duduk yang mampu memuatkan sebuah topi keledar penuh dan kamera dashcah di bahagian hadapan yang didatangkan sebagai ciri standard.

GOBI 250 menggunakan enjin 249cc silinder tunggal, 4-lejang, sistem penyejukan cecair yang dipadankan dengan transmisi jenis CVT. Oleh itu, enjin ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 22.5hp pada 8,000rpm dan tork 23.5Nm dan 5,000rpm yang memberikan keseimbangan antara pecutan lancar serta keselesaan ketika menunggang di bandar mahupun lebuh raya.

Dari segi keselamatan, GOBI 250 dilengkapi sistem ABS dua saluran dan Traction Control sebagai ciri standard. Manakala sistem membrek pula disempurnakan dengan penggunaan brek cakera tunggal yang terdapat di bahagian hadapan dan belakang.

Antara kelengkapan lain adalah sistem pemantauan tekanan angin tayar (TPMS), tayar hadapan 110/80-14, tayar belakang 130/70-13, tinggi pelana 780mm, berat 176kg, tangki bahan api 12.5 liter serta soket USB Type-A dan Type-C.

ARIIC GOBI 250 tiba ke pasaran negara dalam tiga pilihan warna iaitu Carbon Black, Velocity Grey dan Mystic Purple. Model ini ditawarkan pada harga asas bermula RM13,988 (tanpa cukai jalan & insurans).

Dengan setiap pembelian ARIIC GOBI 250, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh ARIIC Malaysia. RR

Popular

  • Model Baru

    CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

  • Model Baru

    Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

  • Warta Roda

    Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

  • Model Baru

    Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

  • Warta Roda

    MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Artikel berkaitan

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.