☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 Oktober 2026

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R. Antara tarikan utama pada model ini adalah menerusi rekabentuk luarannya yang diinspirasikan daripada jentera KTM RC16 yang bersaing dalam perlumbaan MotoGP menerusi bentuk badan yang agresif serta penggunaan winglet bagi meningkatkan ciri aerodinamik ketika bergerak pada kelajuan tinggi.

KTM 990 RC R didatangkan bersama enjin dua silinder selari 947cc, empat lejang, DOHC dengan sistem penyejukan cecair. Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 128hp pada 9,500rpm dan 103Nm pada 6,750rpm. Transmisi 6-kelajuan pada model ini turut disempurnakan bersama sistem quickshifter dua hala bagi melancarkan lagi proses kemasukan gear.

Dari segi casis, model ini dilengkapi kerangka keluli  bersama subframe jenis aluminium yang dibangunkan khusus untuk 990 RC R. Selain itu, pengunaan suspensi WP APEX boleh laras sepenuhnya pula menawarkan keselesaan buat penunggang di mana jua. Tinggi pelana 845mm dan ketinggian bar hendal yang redah menawarkan posisi tunggangan yang sport

Walaupun membawa imej sebuah jentera supersport, KTM 990 RC R tetap dibangunkan untuk kegunaan jalan raya. Kapasiti tangki bahan apinya antara yang terbesar dalam segmennya iaitu 15.7 liter bagi menyokong perjalanan jarak jauh.

KTM 990 RC R dilengkapi sistem elektronik melalui IMU 6-axis untuk mengawal mod tunggangan (Rain, Street, Sport & Custom), Traction Control (MTC), Wheelie Control serta Cornering ABS yang mempunyai empat mod seperti Street, Sport, Supermoto dan Supermoto+.

Selain itu, KTM turut menawarkan Track Pack untuk prestasi litar yang lebih agresif serta Tech Pack yang menambah ciri elektronik seperti mod trek, pelarasan respons pendikit, engine brake managment (MSR), launch control dan lap timer.

Antara kelengkapan lain seperti papran meter TFT 8.88 inci boleh sentuh, lampu-lampu LED, brek cakera 320mm berkembar bersama Brembo HyPure di hadapan, brek cakera tunggal 240mm di belakang, jarak roda 1,481mm, dan kelegaan tahan 163mm.

KTM 990 RC R hadir dalam dua pilihan warna iaitu Orange dan Black yang ditawarkan pada harga asas bermula RM113,000. RR 

Popular

  • Model Baru

    KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

  • Pandu Uji

    KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

  • Warta Roda

    Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

  • Model Baru

    Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Artikel berkaitan

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.