Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 14 Julai 2026

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

Konvoi Kembara Road Rider Crew Taiping (RRCT) 3.0 yang dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-4 kelab berjaya menghimpunkan ahli-ahli dalam satu konvoi sejauh ratusan kilometer ke Melaka yang sarat dengan semangat setiakawan, disiplin berkumpulan dan pengalaman bermakna.

Bertemakan #WeStandTogether, program selama tiga hari ini bukan sekadar aktiviti tunggangan tetapi merupakan tempat untuk mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan ahli serta mengeratkan hubungan silaturahim antara kelab dengan rakan penaja. Turut hadir menyertai program ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MO2 Lubricants, En. Ong yang mengikuti konvoi menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4x4) sebagai tanda sokongan terhadap komuniti RRCT.

Konvoi memulakan perjalanan dari Taiping seawal jam 4.30 pagi pada 1hb Mei 2026 sebelum singgah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Peserta kemudian meneruskan perjalanan ke Tanjung Malim untuk bersarapan sebelum berhenti di R&R Seremban bagi mengisi minyak dan berehat.

Sebaik sahaja konvoi tiba di Melaka sekitar tengah hari, peserta menikmati makan tengah hari sebelum menunaikan solat Jumaat dan mendaftar masuk di D' Tepian Homestay. Cuaca pada sebelah petang hujan, aktifiti tetap diteruskan dengan pembelian barangan bagi persiapan majlis barbeku (BBQ).

Aktiviti pada waktu malah adalah sesi BBQ yang berlangsung dalam suasana meriah sambil menghasilkan kandungan promosi untuk penaja utama. Aktiviti santai seperti sesi kopi dan perbincangan sesama ahli turut mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan peserta.

Hari kedua dimulakan dengan sarapan di Duyong sebelum konvoi mengunjungi beberapa lokasi bersejarah termasuk Perigi Hang Tuah, Perkampungan Hang Tuah, A'Famosa dan Istana Kesultanan Melaka.

Selepas menunaikan solat Zohor di Masjid Selat Melaka dan makan tengah hari, peserta meneruskan aktiviti walaupun beberapa kali terpaksa berhenti akibat hujan lebat. Pada sebelah petang, konvoi singgah menikmati Coconut Shake Klebang sebelum menuju ke Bandar Hilir.

Sebelah malam pula diisi dengan aktiviti River Cruise menyusuri Sungai Melaka dan menikmati suasana Jonker Walk sebelum makan malam di Kampung Morten.

Hari terakhir dimulakan dengan solat Subuh berjemaah sebelum sesi penukaran minyak enjin dan penghasilan kandungan promosi bersama penaja. Dalam perjalanan pulang, konvoi singgah di Masjid Cina Melaka serta pusat kraftangan sebelum menikmati makan tengah hari di Gerobok Salai.

Konvoi kemudiannya berdepan cabaran apabila sebuah motosikal mengalami kerosakan di pertengahan perjalanan. Namun, insiden itu berjaya diatasi hasil kerjasama semua peserta yang segera menghulurkan bantuan. CEO MO2 Lubricants turut memainkan peranan penting apabila membantu menunda motosikal berkenaan menggunakan kenderaan 4x4.

Konvoi tiba di Ipoh pada sebelah malam sebelum meneruskan perjalanan dan selamat tiba di Taiping sekitar jam 9.30 malam dan menamatkan Kembara RRCT 3.0 dengan penuh kenangan serta pengalaman bermakna.

Penganjuran Kembara RRCT 3.0 turut mendapat sokongan beberapa penaja yang membantu memastikan kelancaran program serta prestasi jentera sepanjang perjalanan antaranya MO2 Lubricants, Tashimurai, D.I.D Malaysia Sdn. Bhd., Pawaki, FT Garage dan Ameer Bikers.

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 membuktikan bahawa aktiviti konvoi bukan sekadar mengembara ke destinasi tetapi menjadi medium untuk memperkukuhkan semangat perpaduan, disiplin dan kerjasama dalam kalangan komuniti penunggang motosikal. Bersempena ulang tahun ke-4 penubuhannya, RRCT terus memperlihatkan komitmen untuk berkembang sebagai sebuah kelab yang aktif, berintegriti dan sentiasa menjunjung semangat #WeStandTogether dalam setiap perjalanan. RR

Popular

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

  • Dari Litar

    Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

  • Model Baru

    Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

  • Warta Roda

    Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

  • Warta Roda

    Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Artikel berkaitan

H.O.G. Malaysia Sertai Tiga Ekspedisi Rentas Benua

RRCT/RRCSP & HRSKC Mulakan 2026 Dengan Konvoi Ke Hilir Perak

RSX-RS Crew Taiping Anjur Ride Penutup 2025

RSX-RS Crew Taiping Semarakkan Konvoi Berjiwa Honda ke Batu Kawan

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

'Convoy to Lumut' RSX-RS Crew Taiping 2024

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Model Baru

Aveta Vanguard 250 Limited Edition Dilancarkan - RM17,188

Aveta Motor Malaysia memperkukuhkan lagi barisan skuter kembara mereka menerusi pelancaran Aveta Vanguard 250 Edisi Terhad.

Model Baru

Vespa Malaysia Lancar Tiga Model Baharu di AOS 2026

Warta Roda

Mforce Smartshop Wei Ling Motor Sdn Bhd Sambut Ulang Tahun ke-9