☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 31 Disember 2025

RSX-RS Crew Taiping Anjur Ride Penutup 2025

Tahun 2025 ditutup dengan penuh makna apabila RSX-RS Crew Taiping telah mengajurkan Ride Penutup 2025 Gabungan Kelab Permotoran Utara Malaysia pada pada 25 Disember 2025. Program ini turut mendapat kerjasama dari Himpunan Rider’s Smart Kedah Crew (HRSKC), MSBKC, Kelab Roda Utara sebagai pemandu arah serta Northern Region Spirit.

Penganjuran ini turut mencerminkan semangat #WeStandTogether yang dicetuskan oleh RSX-RS Crew Taiping sejak tiga tahun lalu, berteraskan matlamat untuk menyatukan serta mengeratkan hubungan antara kelab-kelab permotoran dan penaja. Hasilnya, kerjasama harmoni antara pelbagai kelab dan pihak penaja berjaya direalisasikan melalui sebuah program gabungan berskala besar, sekali gus memperkukuh jaringan komuniti permotoran di wilayah Utara.

Konvoi ini bukan sahaja untuk membawa pengalaman tunggangan santai merentasi beberapa lokasi ikonik sekitar Pulau Pinang, tetapi memupuk nilai ukhuwah, disiplin dan semangat kekeluargaan dalam kalangan penunggang.

Kesemua kelab yang terlibat mula berkumpul di Caltex E-Gate sebagai RV pertama pada jam 10.00 pagi. Selepas selesai sesi taklimat dan bacaan doa, pelepasan konvoi pun dijalankan dengan teratur. 

Konvoi mula berhenti untuk makan tengah hari dengan beberapa pilihan lokasi sekitar Pulau Pinang seperti Deen Jelutong, Pak Din Nasi Dalca, TPS Medan Selera dan Shah Maju menjelang 11.00 pagi.

Taman Belia & Taman Botani pula menjadi destinasi seterusnya di mana para peserta tiba pada jam 12.30 tengah hari. Di sini peserta mengambil kesempatan untuk berehat, bergambar dan berinteraksi secara santai, termasuk pertukaran pelekat kelab sebagai simbol persahabatan serta jalinan hubungan yang semakin kukuh.

Konvoi kemudiannya bergerak ke Masjid Terapung Tanjung Bungah bagi menunaikan Solat Zohor pada jam 2.00 petang. Perjalanan diteruskan ke Batu Ferringhi sekitar jam 2.30 petang, sebelum singgah di Taman Rimba Teluk Bahang pada jam 3.00 petang untuk berehat dan menikmati keindahan alam semula jadi.

Empangan Teluk Bahang menjadi lokasi sesi bergambar berkumpulan sebelum konvoi meneruskan perjalanan ke Laksa Janggus, Balik Pulau untuk minum petang memandangkan jam sudah sekitar 5.00 petang. Selesai menjamu selera, peserta turut melakukan ronda santai di sekitar Balik Pulau bergantung kepada kesesuaian masa.

Sebagai penutup, para peserta berkumpul di Waterfront Foodie sekitar jam 7.00 malam untuk sesi lepak santai serta penamatan rasmi ride. Lebih bermakna, minuman telah ditaja oleh salah seorang ahli Kelab Roda Utara, sekali gus menyerlahkan semangat kebersamaan yang menjadi teras utama program ini.

Secara keseluruhan, Ride Penutup 2025 Gabungan Kelab Permotoran Utara Malaysia bukan sahaja berjaya menutup kalender aktiviti permotoran tahun ini dengan penuh bermakna, malah membuktikan bahawa semangat #WeStandTogether mampu menjadi pemangkin kepada kerjasama berterusan antara kelab-kelab permotoran dan penaja. Diharapkan hubungan erat ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan penglibatan lebih ramai kelab demi memperkukuh ukhuwah, silaturahim serta imej positif komuniti permotoran tanah air. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

H.O.G. Malaysia Sertai Tiga Ekspedisi Rentas Benua

RRCT/RRCSP & HRSKC Mulakan 2026 Dengan Konvoi Ke Hilir Perak

RSX-RS Crew Taiping Semarakkan Konvoi Berjiwa Honda ke Batu Kawan

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

'Convoy to Lumut' RSX-RS Crew Taiping 2024

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).