☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 31 Oktober 2025

RSX-RS Crew Taiping Semarakkan Konvoi Berjiwa Honda ke Batu Kawan

Semangat brotherhood dan kecintaan terhadap jenama Honda kembali mewarnai jalan raya apabila RSX-RS Crew Taiping mengambil bahagian dalam konvoi "Honda Impian X - CT Yong Motors" ke Stadium Batu Kawan sempena pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Seawal jam 7.30 pagi lagi pelbagai jenetra Honda termasuklah RSX dan RS150R mula membanjiri perkarangan kedai CT Yong Motors Kamunting dan CT Yong Motors Simpang. Selepas sesi pendaftaran dan sarapan pagi, para peserta bergambar beramai-ramai sebagai simbol penyatuan komuniti Honda sebelum konvoi bergerak keluar dengan penuh tertib.

Konvoi yang diketuai oleh krew penganjur bergerak dengan penuh teratur, diselang-seli bersama bunyi deruman ekzos yang menggamit semangat. 

Konvoi singgah di R&R Alor Pongsu untuk semakan peserta, mengisi minyak dan berehat sebelum memulakan perjalanan semula ke destinasi yang dituju. Sebaik sahaja tiba, peserta konvoi disambut suasana yang meriah di Stadium Batu Kawan dengan deruman enjin jentera-jentera Cub Prix.

Pelbagai aktiviti yang ada seperti pertandingan gambar, persembahan buskers, booth pameran serta peluang bergambar di booth rasmi Boon Siew Honda.

Menurut wakil RSX-RS Crew Taiping, penyertaan kali ini amat bermakna kerana bukan sahaja mengeratkan hubungan antara komuniti Honda di utara tanah air, malah membuka peluang untuk menikmati pengalaman konvoi rasmi yang lebih tersusun dan profesional.

“Kami amat berterima kasih kepada pihak Honda Impian X – CT Yong Kamunting dan CT Yong Simpang atas peluang ini. Ia bukan sahaja mengeratkan hubungan antara komuniti Honda, tetapi turut memberi peluang kepada ahli kami merasai pengalaman konvoi rasmi yang tersusun dan bermakna,” kata wakil RSX-RS Crew Taiping.

Konvoi yang tamat sekitar jam 2.30 petang meninggalkan kenangan manis buat semua peserta. Walaupun keletihan selepas perjalanan jauh, semangat dan kepuasan jelas terpancar pada wajah masing-masing — bukti bahawa RSX-RS Crew Taiping bukan sekadar kumpulan penunggang, tetapi keluarga besar yang berkongsi satu jiwa iaitu Berjiwa Honda. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

H.O.G. Malaysia Sertai Tiga Ekspedisi Rentas Benua

RRCT/RRCSP & HRSKC Mulakan 2026 Dengan Konvoi Ke Hilir Perak

RSX-RS Crew Taiping Anjur Ride Penutup 2025

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

'Convoy to Lumut' RSX-RS Crew Taiping 2024

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.