Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 November 2016

Petronas CubPrix 2016, Pusingan 8 - Temerloh, Pahang : Fazli Sham Buktikan Dia Masih Berbisa!

Pelumba veteran, Ahmad Fazli Sham telah membuktikan bahawa usia bukan faktor untuk tidak berjaya. Di usia 34 tahun, Fazli masih mampu mengerahkan tenaganya untuk bersaing dengan para pelumba muda yang kini mempunyai kemahiran yang semakin tinggi.

Pemenang CP130 Litar Temerloh. Dari kiri: Fitri, Fazli dan Norizman.
Pemenang CP130 Litar Temerloh. Dari kiri: Fitri, Fazli dan Norizman.

Pada perlumbaan pusingan ke-8 yang berlangsung di Temerloh September lalu, petak pertama dimiliki oleh pelumba ternama negara, Ahmad Zaqhwan Zaidi dari pasukan Givi Honda selepas mendapatkan catatan masa terpantas, 43.558 saat diikuti Abd Muhaimin (Along) dan Ahmad Fazli Sham di petak ketiga manakala pelumba sensasi, Kasma Daniel hanya mampu berada di petak keempat.

Zaqhwan gagal mengambil peluang bermula di petak pertama untuk muncul juara litar Temerloh.
Zaqhwan gagal mengambil peluang bermula di petak pertama untuk muncul juara litar Temerloh.

Sebaik sahaja perlumbaan akhir dimulakan, Zaqhwan terus didesak oleh Fazli, Along dan Kasma. Kasma cuba menyerang dari luar selekoh tetapi ruang yang sempit menyebabkan dia gagal seterusnya terbabas ke tepi litar. Namun begitu, pelumba muda ini bingkas bangun untuk meneruskan saingan.

Zaqhwan yang sedang memimpin di hadapan langsung tidak diberi peluang untuk melarikan diri dan sentiasa dibayangi oleh dua pelumba Petronas Yamaha Maju Motor iaitu Fazli dan Along. Fazli akhirnya berjaya memintas selepas menemui titik kelemahan Zaqhwan di beberapa tempat. Sedikit demi sedikit, Fazli semakin pantas dan mula membuka sedikit jarak meninggalkan para pelumba lain di belakang.

Konvoi pelbagai model Yamaha memeriahkan hari perlumbaan.
Konvoi pelbagai model Yamaha memeriahkan hari perlumbaan.
Kelab Permotoran Pahang hadir memberi sokongan dengan barisan kereta-kereta yang cantik.
Kelab Permotoran Pahang hadir memberi sokongan dengan barisan kereta-kereta yang cantik.

Selepas dipintas Along, Zaqhwan lebih bersemangat untuk memberi cabaran. Dia tidak rela tewas tanpa memberi tentangan. Pelumba Givi itu cuba membrek lambat untuk menyerang dari dalam menyebabkan Along tersasar dan melanggar beg keselamatan udara manakala dia sendiri juga hampir-hampir terjatuh.

Ini memberi peluang besar buat Norizman dan Fitri Ashraff untuk memotong kedua-dua pelumba itu seterusnya mengekalkan kedudukan hingga ke garisan penamat. Fazli Sham berjaya kembali ke podium teratas diikuti Fitri Ashraff dan Norizman di tempat ketiga.

Penunggang dan penyokong Honda diberi peluang mengelilingi litar perlumbaan.
Penunggang dan penyokong Honda diberi peluang mengelilingi litar perlumbaan.

Syarifuddin (18) berjaya menjuarai perlumbaan akhir Yamaha Petronas Super Series walaupun diberi tentangan hebat oleh Faiz Zekri (15).

Walaupun berjaya menambah 25 mata lagi, perbezaan jarak sebanyak 22 mata di belakang Kasma Daniel ternyata agak menyukarkan hasrat Fazli Sham untuk bergelar juara keseluruhan kelas prima ini. Apa pun... dalam perlumbaan, tiada yang mustahil!

“Saya hanya menjangkakan kejayaan di podium tetapi hari ini saya cukup bertuah. Apabila saya berjaya mendahului perlumbaan, saya hanya memberi sepenuh tumpuan untuk menamatkan perlumbaan tanpa mengetahui apa yang terjadi di belakang. Saya akan terus berusaha untuk mendapatkan mata sebanyak mungkin demi kejuaraan musim ini,” kata Fazli.

Kedudukan pendahulu carta di antara Md Akid dan Tengku Amirul masih tidak berubah apabila kedua-duanya dilanda masalah pada perlumbaan kali ini. Tengku gagal ke pentas akhir selepas mengalami kecederaan tangan di sesi ujian masa manakala Md Akid pula terbabas di saat dia sedang mendahului pertarungan.

Juara CP115 Litar Temerloh Md Haziq (tengah) diapit oleh dua pelumba Givi Honda iaitu Azroy Hakeem (kiri sekali) dan Amirul.

Walaupun bermula di hadapan sekali, Azroy Hakeem tidak bermula dengan baik sekaligus memberikan ruang buat Md Akid untuk memecut. Md Akid ternyata cukup pantas sehinggakan berjaya membuka jarak dengan selesa dan membiarkan para pelumba di belakangnya berentap sesama sendiri. Azroy, Haziq, Harith Farhan dan Amirul Ariff saling tidak mahu menyerah kalah dan cuba mengatasi satu sama lain.

Sayang sekali buat Akid yang terbabas pada lap ke-11 ketika dia sedang memburu kemenangan keduanya musim ini dan terpaksa pulang dengan tangan kosong. Kemenangan kali ini berpihak kepada Md Haziq diikuti sangat rapat oleh Azroy hanya dengan perbezaan masa 0.996 saat. Tempat ketiga pula dimenangi rakan sepasukan Azroy iaitu Md Amirul Ariff.

Shafiq Ezzariq pastinya menarik nafas lega selepas berjaya menewaskan pencabar terdekatnya, Helmi Azman dalam saingan akhir yang penuh debaran. Walaupun berada di barisan kedua, permulaan yang sempurna telah membolehkan Shafiq meraih posisi paling hadapan dengan mudah tetapi diekori rapat oleh Helmi di setiap saat.

Dari kiri: Amirul, Qhuwarismi dan Shafiq Ezzariq meraikan kemenangan mereka di Pahang.
Dari kiri: Amirul, Qhuwarismi dan Shafiq Ezzariq meraikan kemenangan mereka di Pahang.

Pada mulanya Helmi hanya mengekori rentak pencabarnya tetapi apabila berjaya mencari kelemahan, dia terus menyerang dan berjaya memintas pada lap keempat. Walaupun begitu, Shafiq tidak mudah menyerah kalah dan bermula episod potong memotong di antara kedua-dua pelumba ini.

Ketika cuba mengatasi satu sama lain, Helmi terbabas pada lap kesembilan seterusnya memberikan kemenangan mutlak kepada Shafiq diikuti Qhuwarismi dan Amirul Arif di tempat kedua dan ketiga.

Takhta juara keseluruhan musim ini masih terbuka khususnya buat Fadli Shah, Faiz Zekri, Syarifuddin dan Alif Ashraf. Perbezaan mata yang sangat rapat di antara para pelumba membuktikan betapa sengitnya saingan ini. Fadli yang pada mulanya dirasakan mampu menambah koleksi mata, gagal di Temerloh dan terpaksa menerima hakikat bahawa kedudukannya kini amat-amat terancam.

Para pemenang Yamaha Petronas Super Series bersama piala masing-masing.
Para pemenang Yamaha Petronas Super Series bersama piala masing-masing.

Tahniah buat Syarifuddin yang mengulangi kejayaannya di Johor walaupun diberi tekanan hebat oleh Md Faiz Zekri sepanjang 10 lap persaingan. Pertarungan sengit kedua-dua pelumba ini meninggalkan pemenang tempat ketiga, Ashraaf Shafrizal hampir 19 saat di belakang.

Ribuan pengunjung membanjiri kawasan perindustrian Temerloh.
Ribuan pengunjung membanjiri kawasan perindustrian Temerloh.

Syairul Yuslie (17) berjaya memintas Haikal (11) dan Luth (2) untuk memenangi perlumbaan akhir Cabaran Honda Wave Alpha.

Selepas dua pusingan 'menyepi', Syairul Yuslie akhirnya berjaya meraih kemenangan selepas menewaskan Haikal dan Sahzul dalam satu pertarungan yang mengujakan para penonton yang membanjiri litar ini. Selepas lapan pusingan berlalu, keupayaan dan prestasi para pelumba kelas ini ternyata telah banyak meningkat. Ia amat membanggakan!

Syarul kini berada di tangga pertama dengan 160 mata diikuti oleh Haikal Syafik (140 mata) dan Md Haziq di tangga ketiga dengan 120 mata. RR

Isu Pada

November 2016

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Qabil Irfan Raih Podium Pertama Musim Ini

Jerez Jadi Medan Kebangkitan Qabil Irfan

MotoGP Malaysia Kekal Di Sepang Hingga 2031

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Disyorkan untuk anda
Berita Kelab

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

Konvoi Kembara Road Rider Crew Taiping (RRCT) 3.0 dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-4 kelab

Warta Roda

Mforce Smartshop Pertama Perak Dirasmikan

Sekalung tahniah buat Sin Lean Huat Trading Sdn Bhd yang kini dengan rasminya merupakan cawangan pengedar rasmi Mforce Smartshop yang pertama di negeri Perak.

Dari Litar

Marco Bezzecchi Kekal Digantung Di GP Czech

Hukuman yang dikenakan Marco Bezzecchi kekal.

Warta Roda

Honda Vario 125 Baharu Tampil Dengan Ciri Dipertingkatkan - RM7,268

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan Honda Vario 125 Baharu yang tampil dengan beberapa pembaharuan.