Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Ogos 2019

Jonathan Rea Rampas Kedudukan Teratas!

Pelumba Ducati, Alvaro Bautista seumpama telah hilang 'kekebalannya' apabila tumbang lagi pada perlumbaan pusingan kesembilan di Laguna Seca pada pertengahan bulan Julai lalu. Cuba kita ingat semula pada apa yang berlaku di awal musim lalu. Bautista hadir ke WSBK seumpama fenomena baru dengan rekod kemenangan sempurna hampir di setiap pusingan. Keghairahan pelumba Sepanyol ini meraih podium cukup hebat sehingga tidak mampu dirapati oleh semua pelumba lain termasuklah juara bertahan, Jonathan Rea.

Nasibnya berubah pada perlumbaan di Misano, Itali apabila dilanda dengan pelbagai masalah yang mengakibatkannya hilang kedudukan tertinggi . Peluang tersebut diambil sebaik-baiknya oleh Rea untuk mengemudi jentera Kawasaki ZX10Rnya ke garisan penamat dengan cemerlang untuk mula bergaya dengan 25 mata penting. Selepas Misano, para pelumba bersaing pula di Donington Park dan sekali lagi Rea lulus cemerlang manakala Bautista kembali ke paddock tanpa sebarang senyuman.

Pada perlumbaan akhir sebelum cuti musim panas, Rea peroleh 'keuntungan' berganda. Yang pertama ialah prestasi jenteranya yang kini lebih kompetitif dan kedua, peluang yang dimiliki selepas Bautista terbabas pada lap-lap awal. Ketiadaan Bautista tidak menghalang pasukan Ducati untuk terus memberi saingan kerana Davies juga bukan pelumba sebarangan. Walaupun diberi tentangan hebat oleh Davies, pengalaman dan kecekalan Rea melenyapkan segala impian pencabarnya itu untuk memintas. Selepas sudah ketinggalan lima saat di belakang, Davies akur untuk kekal di tempat kedua.

Perebutan tempat ketiga di antara pelumba BMW Motorrad WorldSBK Team, Tom Sykes dan jagoan Kawasaki, Toprak Razgatlioglu tidak kurang hebatnya.  Razgatlioglu berjaya sekali lagi ke podium meninggalkan Sykes di tempat keempat.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat krew pasukan dan dari segi kekuatan fizikal, ini antara hari yang terbaik. Saya mampu untuk menunggang seperti ini sepanjang hari. Menang di US memang cukup istimewa kerana saya benar-benar sukakan litar ini,” kata pemenang Perlumbaan 1 WSBK, Jonathan Rea.

Perlumbaan II pula mempersembahkan pertarungan epik di antara Rea dan Davies manakala Bautista tidak mampu meneruskan saingan akibat kecederaan yang dialaminya. Permulaan sempurna Davies membolehkannya memimpin perlumbaan walaupun dia bermula di petak kedua. Rea yang sedar akan kepantasan lawannya itu cuba memintas tetapi melebar ke tepi litar.

Rea tidak putus asa untuk terus memberi saingan tetapi Davies mengekalkan dominasinya dalam Perlumbaan II untuk meraih kemenangan pertamanya musim ini. Kali terakhir Davies menjadi juara ialah di litar Aragon, setahun yang lalu dan pastinya kejayaan ini menjadi pemangkin untuk dia mencari lebih banyak podium selepas ini. Rea tetap gembira walaupun berada di tempat kedua kerana dia kini mengungguli carta keseluruhan dengan 433 mata manakala Alvaro Bautista semakin ketinggalan di tangga kedua dengan 352 mata.

“Kemenangan ini amat bermakna kerana saya agak tertekan sepanjang musim ini. Ia cukup sukar. Kami telah mencuba banyak talaan dan semuanya bagaikan tidak serasi. Tetapi hari ini semuanya sempurna. Terima kasih buat pasukan yang sentiasa memberi sokongan walaupun di saat yang sukar. Saya gembira kerana dapat pulang bercuti dengan meraih kejayaan keempat di Laguna Seca. Kemenangan ini adalah untuk seluruh pasukan!” Kata Chaz Davies.

Walaupun rentak Razgatlioglu agak perlahan di awal saingan, dia dapat meningkatkan kelajuan sedikit demi sedikit untuk mengekang kemaraan para pelumba di kelompok belakang dan sekali lagi melintasi garisan penamat di tempat ketiga dengan 16 mata penting.

“Saya amat gembira kerana dapat ke podium sekali lagi. Jentera saya cukup sempurna tetapi memang sukar untuk menyaingi kepantasan dua pelumba di hadapan saya. Apabila cuba menambah kelajuan, tayar saya tidak mencengkam dengan baik. Apapun, saya amat gembira dan kini bersedia untuk bercuti!” Komen Razgatlioglu.

Pertarungan tempat keempat di antara Alex Lowes, Tom Sykes dan Leon Haslam berpanjangan hingga ke saat akhir. Di awal saingan, ketiga-tiga pelumba nampak agak agresif tetapi akhirnya mereka mengambil langkah bijak untuk mengekalkan rentak agar tidak berlakunya sebarang kecelakaan. Lowes tamat di tempat keempat diikuti Sykes dan Haslam masing-masing di tempat kelima dan keenam.

Perlumbaan pusingan ke-10 akan berlangsung di litar Autodromo International, Portugal pada 6-8 September nanti. Adakah kita akan dapat melihat kembali tunggangan luar biasa dari Alvaro Bautista seperti sebelum ini atau Jonathan Rea terus bersinar untuk mencari takhta juara WSBK buat kali kelima? Kita tunggu samasama ya! RR

Isu Pada

Ogos 2019

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Qabil Irfan Raih Podium Pertama Musim Ini

Jerez Jadi Medan Kebangkitan Qabil Irfan

MotoGP Malaysia Kekal Di Sepang Hingga 2031

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Selama 15 tahun, festival ini berkembang daripada sebuah perhimpunan kecil komuniti kustom kepada acara gaya hidup yang menjadi tumpuan peminat automotif bukan sahaja di Malaysia, malah dari seluruh Asia.

Dari Litar

Pedro Acosta Bersama Ducati Untuk Musim 2027 dan 2028. Marc Marquez Sambung Kontrak!

Pedro Acosta kini dengan rasminya menyertai pasukan Ducati bersama dengan Juara MotoGP tujuh kali, Marc Marquez.

Dari Litar

Marco Bezzecchi Kekal Digantung Di GP Czech

Hukuman yang dikenakan Marco Bezzecchi kekal.

Warta Roda

Honda Vario 125 Baharu Tampil Dengan Ciri Dipertingkatkan - RM7,268

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan Honda Vario 125 Baharu yang tampil dengan beberapa pembaharuan.