☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Mei 2015

WSBK 2015 : Jonathan Rea Kukuh Di Hadapan!

Tiga pusingan telah berlalu - Australia, Thailand dan Sepanyol. Namun kepantasan dan kemahiran pelumba Kawasaki Racing, Jonathan Rea ternyata sukar untuk ditandingi. Selepas menempa kejayaan di Australia, pelumba kelahiran Ireland ini bagaikan tiada penghalang meratah setiap selekoh dengan kemas dan selesa sekali dengan memenangi perlumbaan 1 dan 2 di Chiang Thai pada 22 Mac lalu.

Dari kiri: Jonathan Rea, Chaz Davies & Leon Haslam di podium litar Aragon dalam perlumbaan 2.
Dari kiri: Jonathan Rea, Chaz Davies & Leon Haslam di podium litar Aragon dalam perlumbaan 2.

Kepantasannya jelas dicemburui oleh para pelumba lain seperti Leon Haslam dari pasukan Aprilia, Chaz Davies (Ducati) termasuklah rakan sepasukannya Tom Sykes. Pusingan ketiga di Aragon jelas menunjukkan peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan lain terutamanya Leon Haslam yang mencatatkan masa terpantas untuk merebut petak pertama manakala Davies (Ducati) di petak kedua.

Walaupun begitu, permulaan yang sempurna memberikan Sykes peluang untuk meratah selekoh pertama lebih awal berbanding para pelumba lain. Rea, Davies dan Leon Haslam bergelut sesama sendiri untuk mencari jalan terbaik menewaskan pencabarnya. Kelincahan jentera-jentera ini memintas satu sama lain jelas membuktikan kemantapan para pelumba setiap  pasukan.

Tom Sykes terlepas peluang menjuarai perlumbaan 1 di Aragon apabila dia diasak oleh Jonathan Rea & Chaz Davies.
Tom Sykes terlepas peluang menjuarai perlumbaan 1 di Aragon apabila dia diasak oleh Jonathan Rea & Chaz Davies.

Sykes yang telah membuka jarak pastinya tidak menyangka apabila Davies dan Rea berjaya mendapat rentak untuk merapatkan diri. Melihat akan kelemahan Davies di beberapa selekoh, Rea mula memberi tekanan seterusnya membuat pintasan pada lap ke 11 dan terus memecut ke hadapan mencari Sykes yang akhirnya terpaksa menyerah kalah cuma tujuh lap sebelum tamat. Rea menjulang kemenangan perlumbaan 1 diikuti Davies dan Sykes.

Jordi Tores (Aprilia Racing) antara pelumba yang sedang menunjukkan prestasi membanggakan.

Perlumbaan 2 sedikit berbeza. Davies kali ini bagaikan mendapat suntikan semangat baru. Dia bukan sahaja berjaya mendapatkan holeshot tetapi juga mampu mengekalkan momentum dari awal hingga akhir. Walaupun cuba dipintas beberapa kali, dia tetap tenang mengawal jenteranya dan membiarkan Haslam dan Rea membuat kesilapan. Dengan kutipan 25 mata ini, Davies kini berada di tempat ketiga dengan 83 mata.

Chaz Davies (7)memberi tentangan sengit kepada Jonathan Rea.

Perebutan antara Rea dan Haslam berlanjutan hingga ke lap terakhir. Rea ternyata cukup yakin dengan Kawasakinya untuk membrek di saat akhir walaupun mengakibatkan jenteranya bergoyang-goyang. Dengan kecekapan pengendalian yang ditunjukkan itu, Rea menerima bendera penamat di tempat kedua diikuti Haslam di tempat ketiga.

Randy De Puniet (14) kini berlumba dalam WSBK.

Selepas tiga pusingan berlalu, Rea terus mendominasi dengan 140 mata, cukup selesa di hadapan Leon Haslam di tangga kedua dengan 114 mata. Chaz Davies di tangga ketiga manakala Tom Sykes kini berada di tangga keempat dengan 63 mata. RR

Isu Pada

Mei 2015

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.