☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Ogos 2022

Azlan Shah Menang Di Perlumbaan 2 MSBK 2022

Pusingan 1, Perlumbaan 2 - Azlan Shah Kamaruzaman dari pasukan Horizon Racing Team membuat kejutan selepas menduduki tempat pertama podium dalam perlumbaan 2 kelas MSBK1000 A di Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) semalam.

Azlan telah bermula dengan baik dengan memintas pelumba di hadapannya untuk berada di kedudukan pertama. Tidak lama selepas itu, pelumba pasukan Yamaha GEN BLU Racing Team, Kasma Daniel Kasmayuddin mengerahkan tenaga dengan meningkatkan kelajuan jenteranya di pusingan kedua untuk merapatkan jurang dan berjaya memintas Azlan.

Azlan Shah juara MSBK1000 A pusingan 1, perlumbaan 2.
Azlan Shah juara MSBK1000 A pusingan 1, perlumbaan 2.

Berbaki lagi 7 pusingan, Kasma meningkatkan lagi kelajuan dan yakin akan kebolehannya untuk meningalkan pencabarnya di belakang. Azlan pada ketika itu ketinggalan jauh 11 saat di belakang Kasma.

Namun, nasib tidak menyebelahi Kasma apabila jenteranya mengalami masalah teknikal. Pada dua pusingan terakhir, Azlan mengambil peluang untuk menyerang lagi dengan merampas semula kedudukan Kasma sebagai pendahulu perlumbaan. Azlan menamatkan perlumbaan 2 dengan catatan masa 21'45:080s.

Kasma terpaksa berpuas hati menduduki tempat kedua selepas melepasi garisan penamat dengan catatan masa 21’46:801s. Tempat ketiga pula menjadi milik Ahmad Daniel Haiqal dengan mencatatkan masa 21’46:953s.

Pelumbaan MSBK1000 B pula di juarai oleh Osama Mareai. Selepas gagal di perlumbaan 1, beliau kembali mempamerkan persembahan yang cukup mantap di pelumbaan 2.

Selepas memulakan perlumbaan di petak kelima, Osama tenang mengekalkan kedudukannya dengan baik. Beliau menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 22’59:404s. Tempat kedua dimenangi oleh Teo Yew Joe dan kedudukan ketiga ialah Khoo Chee Yee.

Kemenangan kedua KIP di perlumbaan 2 MSBK600.
Kemenangan kedua KIP di perlumbaan 2 MSBK600.

Khairul Idham Pawi dari pasukan Boon Siew Honda Racing sekali lagi menawan kelas MSBK600 selepas menduduki tempat pertama buat kali kedua musim ini dengan catatan masa terpantas 21’47:832s. Rakan sepasukan KIP, Azroy Hakeem Anuar sekali lagi menamatkan cabarannya di tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi Muhd Ibrahim Mohd Norrodin dari pasukan SIC Racing.

Juara kelas MSBK250 A perlumbaan 2, M Farish Hafiy.
Juara kelas MSBK250 A perlumbaan 2, M Farish Hafiy.

Dua pelumba pasukan SIC Racing berjaya memenangi kedudukan teratas dalam kelas MSBK250 A Kejohanan Superbike Malaysia. Kedua-dua pelumba pasukan itu telah mempamerkan tunggangan cemerlang di mana M Farish Hafiy berjaya melepasi garisan penamat selaku juara dengan catatan masa 20’20:836s. Emil Idzhar Ezuan yang menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan 1 bejaya menempatkan diri di kedudukan kedua dalam perlumbaan 2 dengan catatan masa 20’21:003s. Manakala pelumba pasukan Boon Siew Honda Racing Team, Muhd Irfan Haykal Amidi menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

MSBK250 A
MSBK250 A

Bagi kelas MSBK250 B, Muhd Nur Haikal M. Nur Fikri  yang menunggang jentera Yamaha YZF-R25 menamatkan perlumbaan sebanyak 8 pusingan selaku juara. beliau yang bermula di petak keenam sangat konsisten mempertahankan kedudukannya. Haikal mempamerkan prestasi yang baik dalam perlumbaan 2 berbanding perlumbaan 1. Beliau menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 21’56:492s diikuti tempat kedua Muhammad Fauzi Hasan dan Saidatul Zakirah Zahirin di tangga ketiga. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.