☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 Januari 2023

Hafizh Syahrin, Adam Norrodin Harap WSBK Kembali ke Sepang

Persaingan WorldSBK tahun ini bakal disertai bukan satu tetapi dua orang pelumba negara iaitu Hafizh Syahrin (WSBK) dan yang terkini, Muhamad Adam Norrodin yang beraksi dalam kategori WorldSSP. Kedua-dua pelumba negara itu mendapat kepercayaan pasukan MIE Racing Honda Team untuk memberi saingan untuk musim 2023 ini.

Dari kiri Hafizh Syahrin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MKA, En. Bruce Lee Cong Quan dan Adam Norrodin di Majlis Menandatangi Perjanjian.
Dari kiri Hafizh Syahrin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MKA, En. Bruce Lee Cong Quan dan Adam Norrodin di Majlis Menandatangi Perjanjian.

Ini merupakan musim kedua buat Hafizh dalam WorldSBK selepas berjaya menamatkan musim 2021 dengan cukup baik. Paling menggembirakan apabila pelumba negara itu juga telah dijanjikan dengan jentera baru yang lengkap dengan komponen dan pakej unit talaan terkini.

“Dengan adanya pakej talaan dan sistem elektronik terkini, saya lebih yakin untuk bersaing dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Saya menyasarkan untuk berjaya meraih mata di setiap pusingan dan akan berusaha sebaik-baiknya untuk berada di kedudukan yang lebih baik,” komen Hafizh Syahrin di Majlis Menandatangan Perjanjian bersama RCB (Racing Boy) Malaysia semalam.

Hafizh Syahrin 2021.
Hafizh Syahrin 2021.

Selain itu, Hafizh dan Adam juga berharap agar perlumbaan WorldSBK akan dianjurkan kembali di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) memandangkan Malaysia kini mempunyai dua orang wakil yang memiliki skill dan semangat juang yang tinggi.

“Sebagai pelumba negara, 'home race' adalah suatu yang positif dan menggembirakan kerana ia amat bagus untuk semua pihak termasuk peminat serta pelumba khususnya dari segi pemasaran,” komen Hafizh.

Aksi Adam '7' dalam saingan Kejuaraan FIM CEV 2021.
Aksi Adam '7' dalam saingan Kejuaraan FIM CEV 2021.

“Saya sudah banyak kali berlumba di SIC dan jika perlumbaan WSBK kembali ke Malaysia, ia akan memberikan motivasi tambahan buat saya untuk beraksi,” Adam Norrodin.

WSBK Sepang 2016.
WSBK Sepang 2016.
Kenangan manis buat para pencinta WSBK di Malaysia. Kejayaan Zulfahmi ke podium mendapat sorakan ribuan penonton yang hadir ke SIC pada tahun 2016.
Kenangan manis buat para pencinta WSBK di Malaysia. Kejayaan Zulfahmi ke podium mendapat sorakan ribuan penonton yang hadir ke SIC pada tahun 2016.

Kali terakhir perlumbaan WSBK diadakan di SIC ialah pada tahun 2016 lalu dengan kenangan pertarungan yang cukup sengit di antara pelumba negara, Zulfahmi Khairudin dan Ayrton Badovini dari Itali dalam kategori WorldSSP. Zulfahmi yang ketika itu antara 'favorite' untuk menjulang kemenangan ditewaskan di saat-saat akhir dengan perbezaan masa 0.050s. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.