☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 22 Februari 2023

Damok Sasar Gelaran 'Rookie of the Year'!

Pelumba negara, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok, berazam untuk dapatkan keputusan lebih baik tahun ini. Damok perlu mendapatkan rentak dan talaan terbaik di setiap sesi ujian untuk lebih berdaya saing menjelang pembukaan tirai kejuaraan MotoGP 2023 di Litar Portimao pada Mac nanti.

“Sasaran utama saya ialah mendapatkan gelaran 'Rookie of the Year' disamping cuba untuk menamatkan saingan di antara 15 pelumba terbaik di setiap pusingan. Antara talaan yang sukar dan amat penting buat setiap pelumba ialah pada bahagian saspensi. Setiap pergerakan jentera di litar bergantung kepada sistem ini dan saya perlu dapatkan talaan yang sesuai dengan cepat,” kata Damok.

Pengalaman Damok dalam perlumbaan antarabangsa termasuk Moto3 adalah satu kelebihan yang akan membantunya untuk lebih berkeyakinan di setiap pusingan. Tahun lalu, pelumba berusia 21 tahun ini berpeluang menyertai saingan Moto3 menerusi `tiket wildcard' sebanyak empat kali iaitu di GP Portugal, Sepanyol, Catalunya dan Malaysia.

Pada masa yang sama, Pengurus ZK Racing Zulfahmi Khairudin menyatakan bahawa perbelanjaan untuk Damok sekarang ditanggung sepenuhnya oleh ZK Racing. Beliau menambah, terdapat juga syarikat-syarikat yang menunjukkan potensi dan persetujuan untuk tujuan penajaan.

Dari kiri: Syarifuddin 'Damok' & Pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairudin.
Dari kiri: Syarifuddin 'Damok' & Pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairudin.

“Terdapat beberapa penaja (namanya belum boleh didedahkan) yang telah mengesahkan hasrat mereka bersama kami. Saya harapkan jawapan daripada pihak SIC untuk komited dengan program ini agar kami dapat meneruskan perjuang ini. Saya harapkan kita pergi dan tak patah balik. Kita akan cuba teruskan hingga ke penghujung musim ini dan saya percaya pihak KBS juga memandang serius terhadap masalah ini,” kata Zulfahmi.

Kita doakan agar Damok terus ke depan dengan penuh semangat juang walaupun apa juga cabaran yang datang. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.