☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 6 Disember 2023

Trackhouse Racing Sertai MotoGP 2024

Trackhouse Racing yang merupakan salah satu pasukan dalam Siri Piala NASCAR melebarkan sayapnya dalam sukan perlumaan dua roda secara rasmi menjadi pasukan satelit Aprilia dalam Kejohanan MotoGP 2024.

Pegumuman itu disiarkan secara langsung menerusi laman rasmi motogp.com pada hari selasa lalu. Turut hadir dalam sesi pelancaran itu, Pengasas  dan Pemilik Trackhouse Racing, Justin Marks ditemani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia Racing, Massimo Rivola, Ketua Pegawai Sukan Dorna Sports, Carlos Ezpeleta dan Ketua Pegawai Komersial Dorna Sports, Dan Rossomondo.

Trackhouse Racing akan menggunakan dua jentera Aprilia RS-GP yang bakal ditunggang oleh Miguel Oliveira dan Raul Fernandaz dalam perlumbaan MotoGP. Sebahagian daripada pelancaran itu, Trackhouse juga turut menampilkan Livery pada jentera itu dengan corak bendera Amerika, ia merupakan penghormatan buat mendiang Nicky Hayden di mana beliau pernah menggunakan corak tersebut dalam sesi ujian di Valencia pada tahun 2008.

"Menyertai kejohanan MotoGP merupakan saat yang amat menarik buat syarikat kami. Kejohanan ini merupakan langkah utama bagi mengembangkan lagi syarikat. Kami percaya bahawa misi Dorna dan komited untuk membawakan sesuatu yang baru dan membantu dari segi memperluaskan sukan perlumbaan dua roda kepada jutaan peminat baharu di Amerika Utara dan seterusnya," kata Justin Marks. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.