☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 25 Disember 2023

Kalendar Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix Untuk Musim 2024

Acara penutup tirai pada pusingan kesepuluh di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang merupakan satu lagi kejayaan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix dalam sukan permotoran dua roda peringkat nasional selama 30 tahun. Kejuaraan Cub Prix mengorak langkah ke musim baharu dengan sepuluh pusingan yang akan berlangsung di beberapa daerah di kawasan Semenanjung Malaysia pada tahun 2024.

Kejuaraan Cub Prix musim 2024 akan memulakan saingannya pada 2hb-3hb Mac 2024 di Jasin Berstari, Melaka. Acara kemudian akan berehat selamat dua bulan untuk beri laluan kepada bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Pusingan kedua bakal berlangsung pada bulan Mei di Litar Lumba Tangkak, Johor. Manakala pada awal bulan Jun saingan pusingan ketiga akan bergerak ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang sebelah Utara. Di bawah merupakan kalendar Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2024.

"Musim ke-30 merupakan satu pencapaian yang amat berbeza kerana ia menandakan usaha kami selama tiga dekad dalam pembinaan dan pembangunan sukan permotoran peringkat nasional.Pada tahun hadapan, kami akan mara ke musim baru dengan matlamat meningkatkan lagi taraf sukan permotoran supaya bakat-bakat pelumba tempatan mempunyai peluang untuk bersaing dengan lebih kompetitif bukan sahaja di peringkat nasional tetapi di peringkat antarabangsa," kata Pengarah Promosi Safe AIM Mutual, En. Ron Hogg.

"Pencapaian kami sudah pasti tidak kesampaian tanpa langkah-langkah teratur dan kerjasama daripada pihak penaja Cub Prix terutama PETRONAS dan semua pihak lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mengecapi misi bersama," tambahnya. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.