☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 5 Januari 2024

Luca Marini: "Kami akan dapatkan semula tenaga dan kuasa jentera tidak lama lagi!"

Marini: “We have the power to come back very soon”. Itulah yang dikatakan oleh pelumba terbaru pasukan Repsol Honda, yang cukup optimis dengan kemampuan Honda untuk mengeluarkan sebuah jentera baru yang mampu memberi saingan pada musim baru MotoGP 2024.

Musim 2024 ini akan menyaksikan Luca Marini melangkah ke pasukan Repsol Honda yang ikonik. Bagi pelumba Itali berusia 26 tahun itu, ia adalah satu langkah yang penuh dengan peluang terbaik untuk peningkatan di masa depan. Luca Marini akan menjadi pelumba ke-20 dalam sejarah yang akan memakai warna Pasukan Repsol Honda sebagai pelumba sepenuh masa.

Kenangan Marini bersama abang tirinya, Valentino Rossi.
Kenangan Marini bersama abang tirinya, Valentino Rossi.

Pelumba muda ini menyertai saingan MotoGP secara tetap pada 2016. Marini telah meraih enam kemenangan, 15 podium dan 5 petak pertama dalam Moto2 sebelum naik ke kelas perdana pada 2021. Prestasinya konsisten sepanjang dua tahun pertamanya dalam kelas itu dan kejayaan sulung podium MotoGP dinikmatinya di Circuit of the Americas dengan menduduki tempat kedua di belakang Alex Rins yang menunggang jentera LCR Honda.

Dengan rasminya Marini akan bertanding untuk musim 2024 dan 2025, bersama pasukan lagenda MotoGP, Repsol Honda pada saat yang amat diperlukan. Marini telah sempurnakan ujian pertamanya bersama jentera RC213V dan bersedia untuk membawanya ke tahap yang lebih baik.

Apakah yang membuatkan awak ingin menyertai HRC?

Marini: “Pertama sekali, ia adalah pasukan yang terbaik dalam sejarah. Ini dinilai berdasarkan angka dan statistik. Untuk detik yang sangat khusus sekarang, saya fikir kami memiliki kuasa jentera untuk kembali memberi saingan tidak lama lagi. Saya akan cuba memberikan semua maklum balas, tenaga saya untuk projek ini dan pasti bahawa akan menemui arah yang betul untuk kekal di puncak.”

Luca Marini meminati pasukan Repsol Honda sejak dari kecil lagi.
Luca Marini meminati pasukan Repsol Honda sejak dari kecil lagi.

Apakah matlamat awak untuk musim 2024?

Marini: “Saya mahu bermula dengan minda yang terbuka, kami perlu memahami kelajuan, potensi selepas ujian rasmi pertama dan kami perlu mencari keseimbangan, mencari jalan untuk menewaskan pihak lawan terutama sekali rakan sepasukan saya yang menunggang jentera yang sama. Tetapi juga, saya mahu melihat ke hadapan atau cuba mencari jalan untuk mendapatkan podium dengan jentera ini atau mencari kemenangan. Saya tahu bahawa mungkin ia akan menjadi sukar, tetapi kita perlu melihat ke hadapan.” RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.