☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 22 April 2025

CP150: Saingan Sengit di Garisan Penamat

Pusingan pembukai tirai saingan pusingan satu Kejuaraan PETRONAS MAM Cub Prix di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang Utara menyaksikan perebutan tempat pertama di antara tiga pelumba iaitu Ahmad Afif Amran, Danial Syahmi Ahmad Shahril dan Akid Aziz. Tahniah buah Afif dari pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ Racing telah menewaskan pelumba pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR iaitu Danial dalam perlumbaan akhir CP150.

Pada sesi "ShootOut" yang berlangsung di sebelah pagi, Danial Syahmi mencatatkan masa terpantas (1'17:868s) sekaligus meletakkan dirinya di petak pertama dalam perlumbaan akhir. Petak kedua ditempah oleh rakan sepasukannya iaitu Kasma Daniel selepas catat 1'18:082s manakala Md Helmi Azman dari MAEZTRO SCK HONDA RACING TEAM memulakan perlumbaan di tempat ketiga.

Sebaik shaja perlumbaan akhir bermula, Danial terus memecut untuk memimpin perlumbaan diikuti Kasmi di kedudukan kedua dan Md Akid Aziz di tempat ketiga. Rakan sepasukan Akid pula berjaya menempatkan dirinya di P4 pada awal saingan.

Perlumbaan kali memang cukup sengit apabila kedudukan pendahulu saling bertukar. Para pelumba saling memintas di setiap selekoh. Memang cukup sengit!

Berbaki lagi dua pusingan, Afif yang pada ketika itu berada di kedudukan ketujuh berjaya memintas ramai pelumba untuk menjadi pendahulu. Namun dipintas oleh duo pelumba MAEZTRO SCK HONDA RACING TEAM iaitu Helmi dan Md Irfan Haykal pada lap terakhir.

Sememangnya perlumbaan di litar Sepang ini memang cukup mendebarkan kedudukan di setiap pelumba sangat rapat. Kali ini giliran Fares pula yang memimpin perlumbaan sebelum di pintas oleh Danial Syahmi.

Walaubagaimanapun, Afif tetap tenang untuk mengatur strategi dan bekerjasama dengan rakan sepasukannya. Persaingan di antara Afif, Danial dan Akid memang cukup sengit sekali sebelum melepasi garisan penamat.

Selepas sahaja melepasi selekoh terakhir Danial terus memecut diikuti Akid. Ternyata Jentera Yamaha Y15ZR yang ditunggang oleh Afif lebih laju dan melepasi garisan penamat di tempat pertama dengan catatan masa 14'37:815. Manakala  Danial terpaksa akur berada ditangga kedua dengan jarak masa 0.022s di antara pendahulu dan Akid Aziz di kedudukan ketiga dengan catatan masa 14'37:851s. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.