☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 12 Mei 2025

Zarco Peroleh Kemenangan Bersejarah di Le Mans

Johann Zarco menamatkan saingan di tempat pertama dalam MotoGP Perancis selepas menewaskan Marc Marquez. Pelumba pasukan Castrol Honda LCR ini telah mencipta sejarah apabila menjadi pelumba Perancis yang pertama dalam tempoh 71 tahun memenangi GP Perancis.

Kemenangan itu juga menghentikan 22 kemenangan jentera Ducati berturut-turut yang bermula pada GP Sepanyol 2024. Perlumbaan kali ini penuh drama apabila ramai pelumba bertukar jentera beberapa kali apabila keadaan cuaca yang tidak menentu.

Sebelum perlumbaan akhir bermula, hujan mula membasahi di Litar Bugatti, Le Mans. Kesemua pelumba masuk ke ruangan pit untuk menukar jentera selepas pusingan Warm Up. Bendera merah dikibarkan apabila terlalu ramai pelumba berada di pit lane exit. Prosedur Quick Start dimulakan  di mana 27 pusingan menjadi 26 pusingan.

Sebaik sahaja perlumbaan bermula, Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) dan Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) terus memcut untuk merebut posisi di hadapan. Pada awal perlumbaan drama sudah pun bermula apabila Pecco terjatuh selepas di langgar oleh Enea Bastianini. Perlanggaran di antara kedua-dua pelumba itu juga telah menyebabkan pelumba pasukan Honda HRC Castrol terjatuh di selekoh ketiga.

Johan Zarco yang memulakan perlumbaan di tempat ke-17 juga hampir terlibat dalam kemalangan dan terkeluar dari litar untuk mengelak tiga pelumba yang jatuh itu. Terdapat beberapa pelumba dikenakan Double Long Lap Penalty kerana menukar jentera sebelum sesi Warm Up.

Tidak lama kemudian drama kembali lagi yang melibatkan pelumba tuan rumah Fabio terjatuh selepas jentera yang ditunggannnya tergelincir pada lap keempat di selekoh ke-14. Pelumba Red Bull KTM Factroy Racing, Brad Brinder juga terjatuh di tempat yang sama. Tiga lap kemudian giliran Bastianini pula yang terjatuh.

Dengan pelbagai drama yang terjadi, Zarco yang mengambil keputusan kekal dengan jentera tayar sejak awal telah memimpin perlumbaan pada lap kelapan. Marc Marquez yang berada di kedudukan keempat mendapat rentaknya semula dengan memintas beberapa pelumba di hadapan.

Alex Marquez kemudia terjatuh di selekoh ketiga dengan berbaki lagi enam pusingan. Walaubagaimanapun, beliau sambung semula perlumbaan sebelum terjatuh semula di selekoh ke-11 dalam tiga pusingan terakhir.

Kedudukan Zarco kekal sebagai pendahulu dan menewaskan  pelumba Ducati dengan jarak 19.907 saat. Walaupun sering kali bertukar jentera dan dikenakan penalti, Marc Marquez berjaya menamatkan saingan di tempat kedua. Fermin Aldeguer berjaya menewaskan Pedro Acosta untuk berada di tempat ketiga Manakala Maverick Vinales di kedudukan kelima.

Saingan pusingan ketujuh GP Brisitsh akan berlangsung di litar Silverstone pada 23hb hingga 25hb Mei 2025. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).