☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 15 Ogos 2025

Demi Karier Hakim Danish, KBS Perlu Dana Tambahan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memohon dana tambahan daripada Kementerian Kewangan (MOF) bagi memberi sokongan terhadap sukan permotoran, khususnya dalan usaha membantu pelumba negara, Hakim Danish Ramli, meneruskan program perlumbaan di Eropah.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata selain usaha kerajaan, pihaknya turut mengharapkan sumbangan daripada syarikat korporat bagi memastikan karier pelumba berusia 17 tahun itu terus cemerlang di peringkat domestik dan antarabangsa. Langkah ini wajar selepas permohonan geran daripada Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) tidak dapat menampung semua keperluan terutama sukan permotoran berikutan dana sedia ada agak terhad.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata pihaknya sedar negara mempunyai ramai bakat sukan yang perlu disokong, namun mengakui dana sedia ada tidak mencukupi terutama untuk sukan permotoran yang memerlukan pelaburan besar.

"Jadi untuk Hakim, kita akan memohon kepada MOF untuk dapatkan lebih banyak dana. Sebab itu kita telah mohon (kepada MOF) dan kita juga akan terus membuat susulan dengan Kementerian Kewangan untuk tengok bagaimana kita boleh bantu Hakim," katanya selepas majlis perasmian Grand Prix MotoGP Malaysia, baru-baru ini.

"Saya tahu MAM (Persatuan Sukan Permotoran Malaysia) juga sedang berusaha untuk bantu Hakim," katanya.

Hakim Danish menerusi pengurusannya, ZK Racing memohon geran KWASN bagi menampung perbelanjaan pelumba itu di Eropah. Ini termasuk untuk memberikan pelumba muda itu jentera yang lebih kompetitif untuk bersaing dalam Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) dan Kejuaraan Dunia FIM JuniorGP.

DI majlis yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, En, Azhan Shafriman Hanif turut ditanya tentang status pelumba 'wildcard' negara sempena GP Malaysia nanti tetapi menurut beliau ia masih dalam pembetangan Ahli Lembaga Pengarah untuk mendapatkan kelulusan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.