☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 29 September 2025

Pecco Juara Motegi, Marc Marquez Juara MotoGP 2025

Perlumbaan MotoGP GP Jepun mencipta sejarah sekali lagi apabila menobatkan Marc Marquez selaku Juara Dunia MotoGP 2025 dan menyempurnakan 'The Greatest Comeback' dalam sejarah permotoran khususnya. Kejayaan yang dikecapi selepas kali terakhir Marc merangkul gelaran yang sama 2,184 hari yang lalu dan meletakkan namanya tersenarai dalam carta sejarah, Juara MotoGP Ketujuh.

Kembali merangkul takhta! Marc MArquez, Juara MotoGP 2025.
Kembali merangkul takhta! Marc MArquez, Juara MotoGP 2025.

Pada masa yang sama, tahniah buat Francesco Bagnaia (Pecco) yang kembali di tangga tertinggi podium selepas mendominasi litar Motegi dari awal persaingan hingga menerima kibaran bendera penamat. Pecco yang bermula di petak pertama memiliki kelebihan untuk memimpin perlumbaan. Turut berada di barisan paling awal ialah Marc dan Juara MotoGP 2021, Joan Mir yang mempamerkan tunggangan cemerlang bersama jentera Honda RC213Vnya. Namun begitu, Mir melakukan sedikit kesilapan di awal saingan yang menyebabkan dia dipintas oleh Marquez, Pedro Acosta dan Fabio Quartararo.

Juara GP Jepun, Francesco Bagnaia.
Juara GP Jepun, Francesco Bagnaia.

Pecco di depan akhirnya berjaya meninggalkan Acosta sedikit demi sedikit dan kedudukan pelumba KTM itu kemudiannya semakin ketinggalan apabila dipintas pula oleh Marquez pada lap ke-11 diikuti Mir dan beberapa pelumba lain. Sedang dia cuba untuk memberi saingan, Acosta terbabas keluar litar yang hasratnya untuk ke podium berkecai.

Ketika cukup selesa di hadapan, jentera Pecco dilihat mengeluarkan asap beberapa kali dan ini sudah tentu mencemaskan pasukannya. Namun begitu, Pecco amat bertuah kerana jenteranya tidak memberi masalah hinggalah ke garisan terakhir.

Marc Marquez cukup emosi dengan kejayaan yang diraihnya selepas mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran.
Marc Marquez cukup emosi dengan kejayaan yang diraihnya selepas mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran.

Marquez semakin lama semakin dekat tetapi tidak mampu untuk berada di depan rakan sepasukannya itu dan menamatkan perlumbaan di tempat kedua seterusnya merangkul gelaran Juara MotoGP 2025. Ia adalah satu kejayaan yang sangat luar biasa dan Marquez telah berjaya menunjukkan keazaman tinggi untuk berada di tahap tertinggi seperti ini. Marquez mendominasi 17 GP (setakat ini): dengan 11 kemenangan, 14 kemenangan Perlumbaan Sprint, 31 podium, 8 posisi pol, 18 kali catatan masa terpantas dan meraih jumlah mata sehingga kini sebanyak 541 mata - cukup luar biasa.

Joan Mir akhirnya kembali ke podium.
Joan Mir akhirnya kembali ke podium.
Joan Mir '36' menunjuk tunggangan yang cukup cemerlang.
Joan Mir '36' menunjuk tunggangan yang cukup cemerlang.

Sekalung tahniah buat pasukan Honda HRC yang berjaya menyempurnakan jentera RC213V untuk Mir melangkah masuk ke 'arena' dengan cukup cemerlang. Berada di petak kedua merupakan petanda positif tentang potensi Mir dan jenteranya untuk memberi cabaran. Dengan semangat juang dan keazaman yang tinggi, Mir akhirnya berjaya meletakkan kakinya ke podium. Kali terakhir pasukan Honda meraih kedudukan ini ialah pada tahun 2023 yang lalu dan ia adalah jangka masa yang cukup lama.

Pedro Acosta '37' berentap dengan Alex Marquez.
Pedro Acosta '37' berentap dengan Alex Marquez.
Takaaki Nakagami.
Takaaki Nakagami.

Sedang Mir meraikan kejayaannya, seorang lagi pelumba pasukan Honda HRC iaitu Luca Marini mengalami masalah teknikal dan terpaksa bersara lebih awal.

Quartararo raih kedudukan ke-8.
Quartararo raih kedudukan ke-8.
Alex Rins
Alex Rins

Fabio Quartararo dari pasukan Monster Energy Yamaha turut memberikan tekanan buat para pelumba dalam kelompok hadapan tetapi belum cukup padu untuk berada di podium setakat ini dan terpaksa berpuas hati di tempat kelapan manakala rakan sepasukannya, Alex Rins di tempat ke-18. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.