☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 25 Mei 2026

CP150: Haziq Tamatkan Penantian Dengan Meraih Kemenangan di Sepang

Pusingan 2 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 keals CP150 di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara) menyaksikan Md Haziq Md Fairues dari IDEMITSU HONDA YAM RACING menamatkan penantian kemenangan selepas muncul juara dalam perlumbaan penuh dramatik hingga ke garisan penamat.

Perlumbaan bermula sengit apabila Kasma Daniel Kasmayudin dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR mendahului saingan seawal pusingan. Namun, kedudukans selaku pendahulu tidak kekal lama apabila beberapa pelumba termasuklah Md Fareez Afeez Abd Rahman dan Nazirul Izzat Md Bahauddin mula memberi tekanan dalam kelompok hadapan.

Saingan semakin rancak pada pusingan berikutnya apabila Md Amirul Ariff Musa dari TAB SPORTS SCK HONDA RACING merampas kedudukan pendahuluan. Kedudukan setiap pelumba sering berubah di setiap pusingan di mana Abdullah Qayyum A Razak, Md Farish Hafiy Farid Sezli dan Muhammad Helmi Azman turut bersaing rapat dalam kelompok hadapan.

Di pertengahan perlumbaan, Md Muzakkir Mohamed dari VOGE RACING TEAM serta Md Irfan Haykhal Amidi pula muncul sebagai pencabar utama. Kelompok hadapan ketika itu dihuni lebih lapan pelumba yang menjadikan perlumbaan sukar diramal dengan setiap selekoh menyaksikan perubahan kedudukan.

Pada lap terakhir, Irfan mendahului perlumbaan sebelum insiden melibatkan Azroy Hakeem Anuar dan Amirul di selekoh terakhir sekaligus mengubah keseluruhan keputusan. Kesempatan itu dimanfaatkan Haziq untuk memecut ke depan dan menamatkan perlumbaan dengan catatan 15’23.122s, hanya 0.006s di hadapan Md Iqbal Amri Abdul Malek, manakala Helmi melengkapkan podium di tempat ketiga. RR

Popular

  • Model Baru

    Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

  • Warta Roda

    ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

  • Warta Roda

    Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

  • Warta Roda

    ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Artikel berkaitan

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Qabil Irfan Cedera Dalam FP2 Moto4

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Disyorkan untuk anda
Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Dari Litar

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mempamerkan aksi konsisten untuk menamatkan perlumbaan moto3 dalam GP San Marino di tempat ke-12

Warta Roda

MODENAS Z15GT Terima Tujuh Penambahbaikan & Warna Baharu

Modenas Z15GT tampil dengan dua warna baharu dan 7 penambahbaikkan.