☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 September 2026

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli meneruskan rentak konsisten salam saingan Moto3 apabila menamatkan perlumbaan di GPAragon di tempat ke-12. Keputusan itu membolehkan pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi tersebut mengutip empat mata dan kekal dalam kelompok 10 terbaik keseluruhan.

Bermula di petak ke-13, Hakim Danish tampil agresif pada peringkat awal apabila berjaya memperbaiki kedudukan dan berada dalam kelompok 10 terbaik. Namun, persaingan sengit dalam kelompok hadapan menyaksikan kedudukannya berubah-ubah sebelum beliau akhirnya melintasi garisan penamat di tempat ke-12.

Perlumbaan yang berlangsung sebanyak 17 pusingan di MotorLand Aragón itu menyaksikan Hakim Danish mencatatkan masa 33 minit 29.762 saat. Empat mata yang diraih menyaksikan kutipan keseluruhannya meningkat kepada 90 mata dan mengekalkan kedudukannya di tempat kelapan keseluruhan Kejuaraan Dunia Moto3 2026.

Dalam perebutan gelaran Rookie of the Year, Hakim Danish turut kekal di tempat ketiga dengan 90 mata. Beliau kini hanya tujuh mata di belakang Veda Pratama yang mengumpul 97 mata di tempat kedua manakala Brian Uriarte terus kekal sebagai pendahulu kedudukan rookie dengan 138 mata.

Pencapaian di Aragon itu meneruskan musim yang cukup positif buat Hakim Danish dalam penampilan sulungnya di pentas dunia. Antaranya, beliau mencipta sejarah apabila berjaya meraih kemenangan di GP Republik Czech di Brno.

Selepas ini Hakim Danish bersama pasukan beralih kepada GP San Marino yang dijadualkan berlangsung di Litar Dunia Marco Simoncelli, Misano pada 11hb hingga 13hb September. Dengan saingan musim masih berbaki, pelumba negara itu pastinya mahu terus mengutip mata dan merapatkan jurang dalam persaingan Rookie of the Year. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.