☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 Februari 2016

Drag Race Alor Setar

Sempena penganjuran program Discover Kedah 2016, YM Ku Rashidi Bin Wan Teh selaku penyelaras Program MUSC Motorsport bersama Presiden, Mohd Nizam Sazali @ Ahkau telah mendapat kelulusan daripada kerajaan Negeri Kedah untuk penganjuran perlumbaan Drag Race di bandaraya Alor Setar pada 18 dan 19 Disember lalu. Perlumbaan menarik ini juga telah menerima sokongan daripada Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah.

MUSC Drag Alor Setar City Race ini telah dijalankan di Lebuhraya Darul Aman yang berhadapan dengan pusat membeli-belah Aman Central dan Menara Alor Star. Persaingan Drag Race ini telah mendapat sambutan yang cukup luar biasa dengan kehadiran para pengunjung lebih kurang 15,000 orang sepanjang dua hari. Perlumbaan drag motosikal bermula seawal jam 9:00pagi dengan kelas 4T<110cc Pro Street yang menampilkan beberapa pasukan tersohor dari seluruh pelusuk tanahair.

Antara nama-nama besar dalam persaingan kelas ini ialah Superit Aja Motor (Terengganu), An Motor (Melaka), Syamim Motor Drag (Perak) dan banyak lagi. Perlumbaan kelas ini juga menyaksikan persembahan terbaik dari pasukan An Motor Power Up Racing (Melaka) yang berjaya menawan dan mendominasi podium tempat pertama dan kedua. Pelumba berbakat mereka, Noriman Aini juga berjaya mencatat masa terpantas iaitu 7.391saat ketika mengharungi litar sepanjang 201 meter.

Perlumbaan kelas kedua iaitu 2T<150cc True Street pula menampilkan sebahagian besar penyertaan menggunakan jentera Yamaha Y125Z selain model RXZ dan Kawasaki RR. Perlumbaan ini dimenangi oleh jentera underdog 'tuan rumah' dari Sungai Petani iaitu pasukan GMC Motor menerusi pelumba mereka, Mohammad Izzudin Zulkifli yang berjaya menewaskan pasukan yang cukup popular iaitu Along Busana Project Ajoi Motor dari Kuala Lumpur. Izzudin juga mencuri tumpuan apabila mencatat masa terpantas 7.680saat ketika di peringkat separuh akhir.

Seterusnya di perlumbaan kelas 4T<125cc Pro Drag (Standard Head Block) menyaksikan dominasi jentera terbaik dari Thailand yang dibawa khas oleh pasukan RMC Motor (Selangor) menerusi pelumba mereka, Zulreelan yang menunjukkan tunggangan cukup konsisten. Catatan terpantas 201meter yang juga rekod terbaru kebangsaan bagi kelas ini pula dicipta oleh Erwan Arzimi dari Pasukan Melor RMC Pendang (Kedah) dengan cacatan masa 6.928saat ketika dalam persaingan kalah mati.

Kelas RXZ/Panther/RR pula berakhir dengan semua podium kemenangan didominasi sepenuhnya oleh barisan pasukan-pasukan tersohor dari pantai timur. Nazwan Motor (Kuala Terengganu) menerusi pelumba profesionalnya iaitu Tengku Azwa Tengku Aziz muncul sebagai Johan dengan menewaskan pasukan K-Colly Project dari Dungun. Catatan masa terpantas kelas ini iaitu 6.985saat dicipta oleh Saiful Hakimi yang popular dengan gelaran Jokie Idola Malaya dari pasukan Kakimoto Racing (Kuala Terengganu).

Kelas Y125 Pro Street pula berjaya mengumpul sebanyak 60 buah jentera dari seluruh negara. Ternyata saingan untuk mengesahkan tempat terbaik dalam kelompok lapan jentera terpantas untuk layak ke peringkat Suku Akhir amat kompetitif. Pasukan Hyperspeed Shidie Motor (Perlis) bersama pelumba, Mohammad Hairil Abd Hamid dari Kedah telah muncul juara.

Kelas 4T<150cc Pro Drag dikejutkan dengan kehadiran pasukan dari Thailand yang menggunakan jentera Honda Sonic. Pelumba pasukan negara gajah putih ini, Bass Phatkasem berjaya menewaskan pelumba negara yang diwakili oleh Alif Akasha dari pasukan Danish Motor (Pahang). Bass Phatkasem sekali lagi membuat kejutan apabila menunjukkan tunggangan yang mantap dalam saingan 2T<150cc Pro untuk muncul juara dengan menggunakan jentera Honda Nova Dash. Perlumbaan kelas terakhir iaitu King Pro Drag yang seharusnya melibatkan jentera-jentera terpantas 2T dan 4T terpaksa dibatalkan kerana kekurangan penyertaan.

Perlumbaan yang julung-julung kalinya diadakan ini ternyata berjaya menggamit kehadiran ribuan penonton dan pelumba dari dalam dan luar negara. YM Ku Rashidi Bin Wan Teh berhasrat untuk meneruskan acara hebat ini di masa akan datang. RR

- NZ York

Isu Pada

Mac 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.