☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 2 Julai 2025

Kawasaki Versys 1100 & Ninja 1100 SX Dilancarkan - Harga Bermula RM65,100

Bersempena dengan pelancaran pusat 4S Kawasaki di Serdang, pihak EMOS juga turut memperkenalkan dua model terbaru dalam segmen yang berbeza iaitu Kawasaki Versys 1100 dan Ninja 1100 SX.

Untuk para peminat motosikal Adventure, Kawasaki Versys 1100 hadir dengan tiga varian iaitu Standard, Versi S dan SE. Dari segi penampilan model baru ini berbanding Versys 1000 tiada perubahan namun mendapat kemaskini dari sudut enjinnya.

Versys 1100 menggunakan enjin 1,099cc, 4-silinder sebaris, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 133hp pada 9,000rpm manakala tork sekitar 112Nm pada 7,600rpm.

Sebagai model Adventure Touring dalam kelas terbaik, Versys 1100 dipadankan dengan sistem IMU (Inertial Measurement Unit) untuk mengawal pakej elektronik seperti KCMF, KTRC dan KIBS. Selain itu, turut terdapat Cruise Control yang didatangkan secara standard. Untuk versi S dan SE memiliki sistem Kawasaki Quick Shifter (KQS) dan menggunakan panel meter jenis TFT. Bagi model standard tampil dengan meter analog dan digital.

Model ini juga dilengkapi dengan empat jenis mod tunggangan iaitu Sport, Road, Rain dan Rider. Bagi versi SE dipertingkatkan dengan sistem Kawasaki Electronis Control Suspension (KECS) bersama teknologi Showa Skyhook dan Cornering Light.

Kawasaki Versys 1100 ditawarkan pada harga RM65,100 bagi versi standard dengan warna Metallic Graphensteel/Metallic Diablo Black. Manakal versi S pula boleh didapati pada harga RM76,600 (Pearl Robotic White/Metallic Diablo Black) dan varian SE dijual dengan harga bermula RM82,900 (Metallic Graphite Gray/Metallic Diablo Black).

Pada masa yang sama, pihak EMOS juga turut memperkenalkan sebuah lagi model bagi segmen Sport Touring iaitu Ninja 1100 SX SE. Sama seperti Versys 1100, model ini menggunakan enjin 4-silinder sebaris 1,099cc, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Namun dari segi hantaran kuasanya berbeza iaitu sekitar 134hp pada 9,000rpm dan torknya 113Nm pada 7,600rpm.

Ciri-ciri lain yang dikemaskini termasuklan kerangka jenis aluminium serta casis gaya super sport bagi mempertingkatkan lagi tunggangan lebih sporty. Posisi menunggang lebih santai dan selesai untuk tunggangan jarak jauh manakala tangki bahan api bersaiz 19 liter dan model ini turut dilengkapi soket pengecas jenis USB Type-C di bar hendal.

Sistem Kawasaki Quick Shifter (KQS) pada model ini turut dipertingkatkan bagi menawarkan penukaran lebih lancar pada julat rpm yang luas. Selain itu terdapat juga sistem Cruise Control Elektronik dan cermin pebghadang angin boleh laras.

Varian SE tampil dengan kelengkapan premium seperti saspensi belakang jenis Ohlins S46  dan brek brembo untuk menawarkan tunggangan lebih selamat.

Antara pakej elektronik lain seperti KMCF, KTRC, KIBS dan empat mod tunggangan antaranya Sport, Road, Rain dan Rider. Ciri-ciri lain yang ada pula adalah panel meter TFT, tinggi pelana 835mm dan berat 213kg.

Kawasaki Ninja 1100 SX SE 2025 ditawarkan pada harga asas bermula RM79,000 dengan hanya satu warna sahaja iaitu Emerald Blazed Green/Metallic Diablo Black. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).