☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 Julai 2025

Rimba Raid X 2025: Saingan Skuter Lasak & Moped Paling Fun!

Perlumbaan lasak bertaraf antarabangsa, Rimba Raid telah pun melabuhkan tirainya beberapa hari lepas. Walaupun secara rasminya keputusan keseluruhan belum dikongsikan kepada pihak media, kami ingin merakamkan ucapan tahniah buat semua pelumba yang memberikan persaingan yang cukup padu.

Apa pun, saingan yang secara peribadi paling ditunggu-tunggu untuk edisi ini ialah tiga kelas terbaru iaitu D (Kapcai Adventure), E (Skuter Adventure) dan F untuk saingan E-Bike. Maklumlah...race baru dan kategori ini memang 'rare' juga, sudah pasti ramai peminatnya. Untuk E-Bike, tujuh peserta mengambil bahagian, Skuter Adventure pula terdiri daripada 23 pelumba dan paling ramai ialah saingan Kapcai dengan 41 orang pelumba.

Perlumbaan untuk ketiga-tiga kategori ini dijalankan serentak sebanyak 2 lap untuk litar lasak yang berjarak 3.7 kilometer. Untuk saingan E, sudah pasti para penonton ingin melihat 'peperangan sebenar' jentera skuter yang terdiri daripada jentera Honda ADV150/160, SYM ADXTG 400, SYM Jet X, Suzuki V100, WMOTO XDV250 dan Zontes 368G.

Juara Kategori Kapcai Adventure, Eqwan Nazrin Bahrin.
Juara Kategori Kapcai Adventure, Eqwan Nazrin Bahrin.
Muhamad Helmi memberi saingan dengan skuter 'lejen', Suzuki V100.
Muhamad Helmi memberi saingan dengan skuter 'lejen', Suzuki V100.

Perlumbaan kategori ini juga 'menjemput' beberapa pelumba berpengalaman seperti Acoi Pangkolo (Shamsul Azhar), Loo Joon Heng, Hazim Hayazi dan Muhammad Hairy Muhammad. Turut memberi cabaran ialah beberapa wakil media/influencer yang cukup dikenali seperti Nasir Haris (https://www.youtube.com/nasirharis) dan Saiful Marsudi https://www.youtube.com/@LensaSeepolWorld.

Micheal Chai '501' cuba meninggalkan para pencabarnya.
Micheal Chai '501' cuba meninggalkan para pencabarnya.

SYM vs Honda vs Zontes! Pertarungan tiga penjuru ini juga amat penting buat pihak pengeluar. Ini adalah satu bukti untuk setiap jenama yang bertanding untuk membuktikan keupayaan

Arif Radzi, satu-satu pelumba yang menunggang SYM Jet X.
Arif Radzi, satu-satu pelumba yang menunggang SYM Jet X.
Boss James.
Boss James.

Dalam kategori Kapcai pula, antara nama-nama popular yang sempat kami kenali ialah 'Otai MX' iaitu Sunny Ramalingam, Muhammad Habibullah (Gabit), Boss James dan Ahirine Ahirudin. Dua model popular iaitu Yamaha PG-1 dan Aveta Ranger yang paling banyak digunakan dan sebuah Kawasaki KSR100 yang ditunggang oleh Errol Fung.

Dari kiri: Kevin Law & Sunny Ramalingam.
Dari kiri: Kevin Law & Sunny Ramalingam.

Litar lasak yang direka untuk perlumbaan ini memang cukup mencabar. Para peserta perlu mahir mengendalikan jentera masing-masing untuk melalui pelbagai halangan seperti selekoh tajam, mendaki, kawasan berbonggol dan lain-lain. Selain skill, dan cara pengendalian jentera, stamina yang tinggi juga amat diperlukan bukan sahaja untuk meredah halangan tetapi berdepan dengan cuaca yang cukup panas. Memang semuanya hebat-hebat belaka.

Hazim Hayazi, pemenang tempat ketiga kategori Skuter Adventure.
Hazim Hayazi, pemenang tempat ketiga kategori Skuter Adventure.
Nasir Haris 'depan' & Saiful berjaya menamatkan saingan.
Nasir Haris 'depan' & Saiful berjaya menamatkan saingan.
Ahirine Ahirudin.
Ahirine Ahirudin.

TIdak kira siapa pemenangnya, yang penting perlumbaan ini berjalan dengan lancar dan telah memberi peluang untuk para pelumba baru dan lama mempertontonkan kecekapan masaing-masing mengendalikan jentera 'harian' di laluan sukar. Siapa sangka, skuter masuk race 'off-road' kan? RR

Keputusan Kelas D (Kapcai Adventure)

1. Eqwan Nazrin Bahrin (Yamaha PG-1)
2. Muhammad Habibullah (Yamaha PG-1)
3. Mohd Zahin Mohd Jais (Aveta Ranger)
4. Muhd Firdaus Hadnin (Yamaha PG-1)
5. Muhd Muhaimin Mohd Jais (Aveta Ranger)

Keputusan Kelas E (Skuter Adventure)

  1. Loo Joon Heng (Zontes 386G)
  2. Shamsul Ahar (Acoi) (Zontes 386G)
  3. Hazim Hayazi (SYM ADXTG)
  4. Muhd Hairy Mohamad Omar (Zontes 386G)
  5. Muhd Nasir Haris (Honda ADV160)

Keputusan Kelas F (E-Bike)

  1. Muhd Fareez Borhanudin (Surron Ultrabee)
  2. Chinnapat Sukchanya (Talaria Sting)
  3. Kamarul Izad (Arctic Leopard EXRT680)
  4. Shamira Azahar (Surron Ultrabee)
  5. Amin Mak (Surron Ultrabee)

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.