☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 Jun 2025

Hakim Danish Masih Ungguli Kedudukan Keseluruhan

Kedudukan tangga teratas keseluruhan Red bull Rookies Cup masih menjadi milik Hakim Danish selepas menamatkan perlumbaan pusingan keempat di Mugello, Itali di tempat ke-13 dan kedua dalam perlumaan 1 dan 2.

Pada perlumbaan 1 Hakim telah memulakan saingan dengan baik sekali dan berada dalam lima kelompok teratas di awal pusingan. Hakim kemudian berada di tempat ke-8 selepas beberapa pusingan. Walaubagaimanapun beliau memanfaatkan peluang yang ada dengan meminta tujuh pelumba sekali gus.

Berbaki lagi dua pusingan, Danish dipintas beberapa pelumba dan kedudukannya kini di tempat ke-14. Sehingga ke penghujung perlumbaan, dia melepasi garisan penamat di tempat ke-14. Namun disebabkan pelumba Sullivan Mounsey dikenakan tindakan penalti sekali gus Hakim naik satu anak tangga menjadikannya menamatkan saingan di tempat ke-13.

Sementara itu, di perlumbaan 2 pula, Hakim Danish telah menampilkan aksi yang cukup baik berbanding di perlumbaan 1. Beberapa kali dia mendahului perlumbaan walaupun dipintas beberapa pelumba.

Sebaik sahaja di pusingan terakhir, perlumbaan di penghujung saingan sangat mendebarkan. Hakim mengetuai kelompok hadapan sehingga ke selekoh terakhir. Beliau hampir sahaja memenangi perlumbaan namun di laluan yang lurus Veda dengan bijak menggunakan kelebihannya memintas Danish dan menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan jurang masa 0.011saat di antara Hakim Danish.

Walaubagaimanapun, Hakim Danish masih berada di tempat pertama keseluruhan dengan 148 mata. Manakala pelumba dari Sepanyol iaitu Brian Uriarte di tangga kedua dengan 116 mata diikuti Veda Pratama mengumpul sebanyak 92 mata di tangga ketiga. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.