☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Julai 2016

HONDA RS150R: Yang Ditunggu Sudah Tiba!

Untuk terus berdiri kukuh di pasaran negara, Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah memperkenalkan model terbarunya, RS150R pada 13 Jun lalu. RS150R ini juga merupakan model kategori moped pertama dari jenama ini untuk pasaran Malaysia yang dilengkapi enjin bersesaran 150cc.

Dari kiri: En. Yoshishige Nomura, En. Khairul Idham, En. Noriaki Abe, En. Nobuhide Nagata, En. Shinji Aoyama, Dato’ Sri Tan Hui Jing, En. Fattah Amin dan En. Fuminari Kamemizu melancarkan Honda RS150R.
Dari kiri: En. Yoshishige Nomura, En. Khairul Idham, En. Noriaki Abe, En. Nobuhide Nagata, En. Shinji Aoyama, Dato’ Sri Tan Hui Jing, En. Fattah Amin dan En. Fuminari Kamemizu melancarkan Honda RS150R.

Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Pegawai Operasi & Pengarah merangkap COO Bahagian Operasi Motosikal Honda, En. Shinji Aoyama yang ditemani oleh Ketua Pegawai Ekskutif & Pengarah Urusan BSH, En. Nobuhide Nagata dan Timbalan Pengerusi & CEO BSH, Dato' Sri Tan Hui Jing.

Menurut En. Shinji Aoyama, tahun ini Honda bermatlamat untuk mencapai jualan sebanyak 20 juta unit dan ingin mengembangkan penguasaan pasaran dunia dari 33% kepada 35%. Pada 2015, Honda telah berjaya menjual 17 juta motosikal di seluruh dunia iaitu kira-kira tiga kali ganda lebih banyak berbanding pesaing utamanya. Dengan tercapainya statistik ini, BSH begitu yakin untuk terus melonjak ke hadapan bagi mencapai matlamatnya.

Jentera yang dipasang sepenuhnya di Batu Kawan ini mempunyai daya tarikan tersendiri dengan rekabentuk lebih sporty dengan lampu utama LED, lampu isyarat, fairing hadapan yang tajam. Bahagian belakang juga tampak agresif yang mencerminkan kepantasan dan kemantapan RS150R di jalanan. Semua aspek kejuruteraan ini amat sesuai bagi pengguna yang dahagakan prestasi enjin terbaik.

Dari kiri, Dato’ Sri Tan Hui Jing, En. Bruce Lee, En. Sam Lee dan En. Nobuhide Nagata bersama RS150R yang dilengkapi dengan aksesori Racing Boy.
Dari kiri, Dato’ Sri Tan Hui Jing, En. Bruce Lee, En. Sam Lee dan En. Nobuhide Nagata bersama RS150R yang dilengkapi dengan aksesori Racing Boy.

RS150R dilengkapi dengan enjin DOHC 150cc dengan sistem penyejuk cecair yang menawarkan kuasa maksimum 15.6PS pada 9,000rpm dan tork 13Nm pada 6,500rpm. Dengan sistem pancitan bahan api PGM-FI, RS150R bukan sahaja menjanjikan kehebatan kuasa pecutan tetapi juga penjimatan bahan api yang optimum.

“Dengan memperkenalkan model baru ini, kita akan dapat perubahan positif dari segi saiz pasaran kami berbanding tahun lepas. Kami menyasarkan penjualan sebanyak 2,000 unit sebulan atau 24,000 unit dalam tempoh 12 bulan akan datang. Ini merupakan langkah pertama syarikat ini untuk menjadi jenama No.1 di dalam industri permotoran,” kata En. Nobuhide Nagata.

RS150R akan mula berada di semua pengedar sah pada permulaan Ogos ini. Ditawarkan dalam dua varian dengan empat pilihan warna iaitu Merah Logam, Biru Matte, Hitam Matte dan gaya corak Repsol yang dijual pada harga bermula dari RM8,213.94 hingga RM8,372.94 (termasuk cukai GST). RR

Isu Pada

Julai 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.