☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Ogos 2019

HONDA Lebarkan Sayap Dengan Tiga Model 500cc Baru CBR500R, CB500F & CB500X

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah melancarkan tiga model baru yang dipertingkatkan untuk tahun 2019 iaitu CBR500R, CB500F dan CB500X. Majlis pelancaran ketigatiga model yang cukup mantap ini telah diadakan bersempena sambutan Aidilfitri pada akhir Jun yang lalu. Sememangnya trio jentera bersaiz sederhana ini telah menambat hati para penunggang motosikal di Malaysia dengan rekabentuk yang menarik, posisi menunggang cukup selesa dan enjin tahan lasak.

Ketiga-tiga model ini didatangkan dengan enjin bersesaran 471cc, sistem penyejuk cecair, DOHC, 4 lejang mampu menawarkan kuasa setinggi 37kW pada 8,500rpm dan tork 45Nm pada 6,500rpm. CBR500R, CB500F dan CB500X juga turut dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS), assist/slipper clutch, lampu hadapan LED dan panel meter LCD.

CBR500R tampil dengan posisi menunggang sporty, rekabentuk aerodinamik, bar hendal jenis clip-on, penunjuk posisi gear, sistem ekzos dan ruang udara rekaan baru yang menawarkan bunyi lebih mantap. Model ini dijual pada harga RM34,499 dengan warna cukup menarik iaitu Merah, Kelabu Metalik dan Putih Mutiara.

Bagi penggemar jentera jalanan atau naked, CB500F hadir dengan rekabentuk badan yang lebih agresif menerusi posisi menunggang yang sesuai untuk semua jenis tunggangan. Seperti model CBR500R, ia juga lengkap dengan penunjuk posisi gear dan dengan beberapa pembaharuan baru yang dilakukan pada bahagian injap, hantaran kuasanya kini 4% lebih tinggi berbanding sebelumnya. Model ini ditawarkan pada harga RM33,999 (Merah, Hitam Metalik dan Putih Mutiara).

CB500X pula merupakan sebuah model pengembaraan yang merupakan antara paling popular dan dipercayai oleh para penunggang di Malaysia. Ia dipilih sebagai jentera kegunaan harian mahupun pengembaraan. Berbanding model terdahulu, cermin pengadang udaranya kini lebih tinggi dan bunyi juga lebih garang! Dari segi spesfikasi enjin dan panel meter, ia direka seiring dengan CBR500R dan CB500F. Honda CB500X ini boleh didapati pada harga RM36,099. Warnanya? Ada tiga iaitu Merah, Hitam Metalik dan Putih Mutiara.) RR

Isu Pada

Ogos 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.