☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 Februari 2021

Triumph Bonneville 2021!! Lebih Mantap & Moden...

Triumph Motorcycles telah melancarkan tujuh model Triumph Bonneville terbaru yang telah dikemas kini dengan pelbagai ciri-ciri terkini yang menjurus kepada permintaan dan kehendak para peminat motosikal sekarang ini. Barisan model Bonneville 2021 ini didatangkan dengan prestasi enjin lebih mantap, rekacorak bergaya dan kemasan berkualiti tinggi.

T120 & T120 Black
Model yang memiliki DNA asli Bonneville ini dilengkapkan dengan enjin 1200cc yang memiliki kuasa setinggi 80ps pada 6,550rpm dan tork 105Nm pada 3,500rpm. T120 & T120 Black bukan sahaja menjanjikan tindak balas cemerlang tetapi juga kini menghasilkan emisi lebih rendah, jimat bahan api dan paling best, ia berpiawaian Euro 5.

T120
T120
T120 Black
T120 Black

Sistem Cruise Control dan Mod Tunggangan (Road & Rain) menanti para pemiliknya dan untuk pengendalian yang lebih mudah, model ini diperhebatkan dengan penggunaan rim aluminium lebih ringan serta sistem brek Brembo yang berspesifikasi tinggi.

Bonneville T100
Ia adalah model icon yang memiliki rupawajah cukup menarik. Untuk pasaran 2021, model T100 disempurnakan dengan prestasi enjin yang lebih bertenaga, pengendalian yang ringan, spesifikasi mantap dan kehalusan kemasan terakhirnya. T100 didatangkan dengan enjin responsif 900cc yang memiliki hantaran kuasa 65Ps pada 7,400rpm dan tork 80Nm pada 3,750rpm. Model baru ini juga berpiawaian Euro 5 dan emisi yang rendah.

Antara yang ditawarkan oleh ini ialah tubuh badan lebih ringan, fork katrij baru, sistem brek Brembo berspesifikasi tinggi, panel meter menawan dan pelindung enjin berwarna hitam powder coated.

Street Twin

Merupakan model klasik moden dari Triumph yang paling laris di pasaran. Untuk tahun 2021, model ini didatangkan dengan enjin berkembar bersesaran 900cc, Euro 5, berkuasa 65Ps pada 7,500rpm dan tork 80Nm pada 3,800rpm. Terdapat dua mod tunggangan, sistemn traction control dan ABS yang akan mengawal setiap pergerakan jentera ini dengan selamat.

Untuk kepuasan penunggangnya, Triumph baru ini hadir dengan pelana 765mm yang lebih empuk, kemasan aluminium yang anggun, sistem brek Brembo dan lampu-lampu jenis LED. Triumph turut menyediakan sebanyak 120 jenis aksesori yang boleh dipilih untuk jadikan Street Twin lebih bersifat peribadi.

Turut diperkenalkan ialah Street Twin Gold Line Edisi Terhad yang hanya 1000 unit sahaja dikeluarkan dan setiap pembeli model ini akan menerima Sijil Pengesahan Rasmi. Keistimewaan model ini datangnya dari kemasan buatan tangan yang cukup cantik, skima warna unik Matt Sapphire Black dengan perincian emas yang dicat oleh pakar warna di Triumph.

Speedmaster
Model ini juga kini berpiawaian Euro 5 dan menjanjikan tindakbalas lebih cekap dari segi prestasi enjin dan juga di tahap pengendaliannya. Enjin baru 1,200cc ini menawarkan hantaran kuasa setinggi 78Ps pada 6,100rpm dan tork 106Nm pada 4,000rpm. Untuk keserasian di pelbagai jenis jalan, Speedmaster kini memiliki form Showa baru yang lebih cemerlang, bahagian pelana boleh diubah (tunggal/berdua) dan posisi menunggang yang selesa.

Panel meter bulatnya turut dilengkapkan dengan papara digital yang terang manakala penggunaan lampu-lampu LED dan DRL memberikan suluhan yang terang di waktu malam serta mudah untuk dilihat. Triumph Speedmaster turut didatangkan dengan mod tunggangan dan sistem ABS.

Bobber

Dengan enjin 1,200HT (High Torque), model sebar moden ini membuktikan kepakaran para jurutera Triumph dalam rekacipta yang menggabungkan gaya klasik Boober dengan spesifikasi jentera terkini. Bobber 2021 lebih responsif, emisi yang rendah, Euro 5 dan cukup padu. Bobber memiliki tangki sebesar 12 liter yang mampu bawa kita mengembara ke pelbagai destinasi penuh bergaya.

Model ini juga dilengkapkan dengan brek-brek jenis Brembo, sistem ABS serta penggunaan fork jenis Showa. Sistem saspensi dan brek yang mantap amat penting untuk mengawal Bobber ini yang berkuasa 77hp pada 6,100rpm dan 106Nm pada 4,000rpm. Antara sistem elektronik yang dipadatkan pada jentera ini antaranya ialah Cruise Control, mod tunggangan (Road & Rain), lampu DRL, immobiliser, Torque Assist Clutch dan Traction Control. RR

Isu Pada

April 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.