☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 Mac 2021

Boon Siew Honda perkenal CRF250 Rally baharu pada harga RM27,599

Boon Siew Honda memperkenalkan CRF250 Rally 2021 baharu yang disempurnakan oleh enjin silinder tunggal 250cc DOHC, sistem penyejuk cecair, 4 lejang yang memiliki kuasa 18.3kW pada 9,000rpm dan tork 23Nm pada 6,500rpm. Penambahan sistem Assist/Slipper Clutch pada model ini mempertingkatkan tahap kawalan dalam semua keadaan dengan mencegah tayar belakang daripada terkunci sewaktu menukar gear

Kualiti tinggi kadar penyerapan disumbang oleh fork hadapan (USD) 43mm dan penyerap hentak belakang jenis Pro-Link. Honda turut melengkapkan model ini dengan sistem ABS yang boleh dinyahaktif bila berada di laluan offroad.

Berat keseluruhan telah dikurangkan sebanyak 5kg dengan penggunaan bingkai dan lengan ayun baru. Tangki model 2021 ini juga lebih besar (12.8 liter) berbanding yang sebelumnya. Panel meter lengkap dengan penunjuk posisi gear & tahap penggunaan bahan api manakala pelananya juga lebih lebar.

CRF250 Rally 2021 ditawarkan pada harga RM27,599 dengan warna pilihan iaitu Extreme Red dan dijangka mula dipasarkan pada 17 Mac 2021. Untuk dapatkan maklumat lanjut, para pelanggan boleh kunjungi Honda BigWing, Impian X, para pengedar Impian atau hubungi talian bebas-tol Boon Siew Honda di 1-800-88-3993 atau www.boonsiewhonda.com.my. RR

Isu Pada

April 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.